Sponser saya...

Sunday, December 19, 2010

3 stooges strike back!

Fever,cough and flu sudah datangggg!!!!!! Benciler bila kena virus 3 stooges nih. Kesian kat anak2. Yang si Abang ok ler jugak sebab dah pandai hembus hingus keluar, yang paling teruk kena si kecik. Meleleh-leleh keluar dan kena lap setiap minit. sampai melecet kena tenyeh. Dah pergi klinik minta ubat untuk dua-dua anak kesayangan saya. Iman makan ubat no hal punya sebab dalam menangis taknak tu dia buka juga mulut makan ubat bila disua. Yang paling terseksa si Ain, takut betul nak makan ubat. Bila masukkan ubat dia buat bubbling pulak.kemam mulut kuat2. Dah ler saya jenis letih nak struggle sampai grip anak semata2 nak bagi makan ubat. time ada hubby kat rumah senang sikit kerja saya, time takder hubby kadang-kadang main campur jer ubat dalam botol air kosong. aci tak?
Satu rumah dapat virus, eh satu kaum keluarga okay...mak ayah makcik,pakcik,sepupu,sepapat dll...
Buat yang menghidapi virus 3 ekor ni, janganler bawak pi jalan2 cari makan ker hapa ker. tu namanya jalan2 bawak penyakit. kesian wooo kat orang awam. Bawak bertenang duduk kat rumah sampai baik n sembuh ok. kalau ketegak sangat, pakailah penutup mulut. Kesian tau kalau kena kat budak kecik. Batuk melengking bunyinya...sayu jer rasa. Kami anak beranak dah masuk 3 hari dah ni, tapi alhamdulillah rasanya esok lusa dah boleh gi jenjalan. yeah yeah.

Budak hensem main belon
Budak comel main pelamin.

Saturday, December 18, 2010

No point

ish ish ish, lama tak update blog... bersawang sana sini. bulan ni tak der lah bz mana pun cuma talian broadband amatlah kesiannya. berminggu tak dapat online sebab kesilapan teknikal (macamlah tak pernah kena b4 this). this week orang broadband bagi refund duit dan extra 2gb bandwith. seminggu jugaklah saya dan suami mati kutu nak cari macam2 info tak dapek. mana nak cari resepi lah, saya dengan dah kawtim dengan online seller..macam2 hal. akaun dalam forum pulak semua main remember password jer. bila dah kena macam ni, baruler tergaru2 kepala nak fikir password. :P

Disamping itu faktor masa pun satu sebab juga kenapa saya jarang sangat dapat update blog. Kalau anak2 sihat, segar bugar tidur cukup, insyaallah sekejapan jer saya dapat mengisi nota blog saya. Kalau time anak2 tak sihat, satu entri boleh ambil masa 10 jam nak siap. Kadang-kadang siap balik rumah mak dulu pastu balik dari sana baru sambung balik. Minggu ni memang minggu demam, batuk dan selsema sekeluarga. Alahai kalau semua tak sihat lagi dua tiga hari ni terpaksa cancel sambutan hari ulangtahun Iman minggu depan. Kesiannya dia, takperlah ibu dan ayah celebrate kita anak beranak jer kat rumah jer lah Iman yer.

Rasanya entri kali ni lebih kepada tak der idea nak tulis apa. Just nak bagitau doonia bahawa saya masih punya computer dan line internet jer. hehehehe. Oh yeah....Ain dah berjalan dah. walau ada masa macam pening lalat jer cara jalannya, Ain comfirm anak ibu yang sihat. Iman dah boleh ajak berborak dah. Dah pandai tunjuk emosi, dah tau nak jaga adik dia. Dua hari lepas saya demam akut yang teruk. terbaring berselubung jer. Imanlah yang suapkan Ain makan. makanan tumpah dia ambil penyapu sapu makanan yang jatuh, lepas Ain dah habis makan, dia suakan dengan air kat adik dia. ayyoyoyo amatlah touchingnya. Pandai betul anak2 ibu bawa diri. Silap saya tak ajar Iman mop lantai sekali...uwawawa lebih plak.


Saturday, December 4, 2010

6 years of blessing...and still continuing

Diam tak diam dah genap 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Alhamdulillah. Jodoh kami masih kekal walau ada asam keping dan garam batu. Saya malas nak puji lebih-lebih encik suami sebab nanti dia jadi terlebih kembang, karang masuk angin susah pulak saya.

Tapi saya cukup respect kat husband saya sebab dia sanggup kawin dengan saya yang muka tak vogue macam Fazura, tak serajin Julia anak pakcik bawa geng bas sekolah, tak selembut anak kak leha kemetot dan tak juga pandai masak macam cik yan anak tok sajad. huhuhu (*nama yang disebutkan dalam entri ni hanya rekaan semata kecuali Fazura a.k.a akak saya dan kak yan a.k.a ammmma saya; ceh saya tipu lagi, Fazura bukan akak saya pun).

Perkahwinan yang direstu keluarga ni insyaallah akan kekal selagi pasangan masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing. Sedang saya menaip ni, sesambil tu terflashback ler pulak 6 tahun lepas. eceh...tengah sengih sorang-sorang macam kerang busuk ni. kalau husband ada ni mesti dah kena gelak kaw-kaw punya.Kenapa tak caya? Husband saya memang tak romantik pun...tapi...i likeee mat rempit. huhuhuhu.

Bak kata dia, masa zaman bercinta nak kentut dalam kereta sanggup suruh emergency break tu sebab nak kentut kat luar . Lepas dah season (dah lama kawin) kat mana rasa nak kentut, kat situ jugaklah terlepas. kalau takder bunyi ok ler jugak..suspen ingat bau apa pulak. tapi kalau bunyi macam machinegun trat trat ta ta ta ta ta...cicak dalam bilik pun packing barang pindah rumah lain. huahuahuahua.

kesimpulannya; kalau banyak cicak kat rumah anda; sila kentut kuat2.

Happy anniversary yang ke 6 buat husband saya yang tersayang.

Thursday, November 25, 2010

Irama Lesung Batu

Tahukah anda, rumah saya tiada lesung batu? huhuhuhu. Saya rindu dengan lesung batu di rumah lama saya. Saya macam tak berapa suka jer bunyi bingit dari blender. Saya bukanlah pandai sangat memasak. Tapi sesekali mood nak memasak datang, start ler itu ini serba tak cukup.
Tapi terasa sangat kekurangan bila takder lesung batu. Nak buat sambal belacan kalau pakai blender mana ada umpphhh. Kalau tumbuk, perrrghhh...melekat babe rasa sambal ituuuu.

Zaman akan datang, entah anak2 kita kenal ke idak batu tumbuk dengan lesung batu? Sedangkan sekarang ni pun ada yang tak kenal batu giling. Sib baik saya kenal sebab masa saya kecik2 dulu arwah nenek serta nek wan saya memang guna batu giling buat rempah nak masak. Agaknya sebab tu masakan orang2 dulu2 ni terngkat. Alah..orang kata mertua lalu pun tak sedar kalau menghadap lauk.

Saya ada kenal seorang makcik ni duduk area rumah mak saya, Mak cik Sofea namanya. Seronok kalau dengar dia bercerita. Dia lah orangnya yang telah membuka mata saya yang tak rabun ini tentang irama lesung batu. katanya, irama lesung batu ni mempunyai rentak2 tertentu. Sambil menumbuk lesung, kita sempat berfikir lagi dalam kepala tentang perkara2 yang terlintas kat otak kita. siap boleh fikir tu, nak tulis apa kat blog hari ni. cuba kalau kita pakai blender, ada dapat berfikir tak? kreeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnggggggggggg. tu jer lah bunyinya. bingit. kalau mood tengah marah boleh menyumpah seranah blender yang tak berdosa itu.

Tahukah anda style orang bercinta menumbuk batu lesung lebih perlahan dan gemalai. hahahaha...pandaikan orang dulu2 buat prediction? nak tahu anak dara bermain cinta atau tidak, suruh tumbuk ikan bilis satu kati. kalau makin lama makin perlahan....adalah makna tu.

Kalau orang yang tengah marah menumbuk lesung, laju dan kasar jer. ketang ketung ketang ketung. Kalau orang yang sedang senang hati, bunyinya berirama dan ada jugak yang sambil menyanyi2 ikut rentak lesung batu.Cubalah nyanyi lagu Cindai sambil menumbuk lesung. Layann wa cakap lu.
Lesung batu sekarang pun banyak yang tipu jer. Bukan pakai batu, tapi simen. Yang original susah mau cari.

Sebenarnya, saya rindu kat lesung batu saya...sekian.

RESEPI RAHSIA KU: Kes murtad orang Melayu.

RESEPI RAHSIA KU: Kes murtad orang Melayu.
sila klik link diatas. saya malas nak copy paste sebenarnya. lebih baik anda baca dari sumber itu sendiri. dapat jugak upkan traffic blog beliau.

Wednesday, November 24, 2010

A Tribute to Izzaira Uzma


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang maha pemurah dan yang maha penyayang.

Setiap kali saya terdengar bacaan talkin, saya sentiasa terbayangkan kematian buat diri sendiri. Meremang2 bulu roma setiap kali saya terbayangkan jasad saya yang terkubur di dalam tanah. Semalam sekali lagi kedengaran talkin ketika pengkebumian anak buah saya, Izzaira Uzma yang baru berusia 24 hari. Anak itu anak yang terpilih dan Allah sudah menjanjikan syurga buatnya. Alhamdulillah. 


Pembacaan talkin ini ditujukan buat kita yang masih hidup. Sebutlah nama sendiri ketika anda membaca dan hayatilah tiap2 bait kata. Moga kita diberikan hidayah dan menginsafi diri sendiri. Ketahuilah, mati bukan sahaja untuk si tua, bukan juga hanya untuk si muda. 








Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasaNya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


Kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.


Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Monday, November 22, 2010

Big Plans Ahead

Dah seminggu saya memikirkan projek mini saya untuk tahun hadapan. This time i wanna make it big. nak buat bersungguh2.  Azam saya cuma satu, nak kumpul duit banyak2 pastu nak bawa anak2 serta suami mengerjakan umrah atau haji. Ada duit lebih lagi, saya nak taja orang2 yang kurang mampu pergi. Macam Dato' Siti n hubby dia buat. Tak sabar sangat nak mulakan projek ni. Buat masa sekarang semua masih dalam kertas kerja digital dan belum solid lagi untuk gembar-gemburkan tapi yang pasti projek ini semestinya berkenaan hobi saya; fotografi.

Saya buat kertas kerja pun untuk diri sendiri dan bukan tujuan nak apply sebarang loan. harap maklum, karang ada pulak yang minta contact orang tu orang ni sebab sangka saya nak buat loan. insyaallah, projek ini hanya melibatkan titik peluh saya dan suami...errr maybe ada sikit titik peluh anak2 serta family terdekat :P.
diharapkan Allah mempermudahkan jalan saya.

Modal permulaan masih dalam proses menyimpan. Saya tak sabar nak tunjuk kertas kerja yang dah siap kat husband saya. Karang tunjuk sekerat jalan, takut saya buat sekerat jalan pulak. hehehe. Saya pen off dulu nak sambung buat kerja tertunda. Esok sambung entri lain pulak.

Wednesday, November 17, 2010

Hari terpenting dalam sejarah umat Islam

Tanggal 10 zulhijjah merupakan tarikh terpenting dalam sejarah umat Islam kerana pada tarikh ini, Nabi Adam dan Hawa keluar dari syurga dan diturunkan ke muka bumi sebelum berjumpa semula di padang Arafah.


petikan dari portal Jakim
KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA.

Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.


Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

-amalan yang pertama ni sedang dalam proses menabung. teringin sangat nak ke sana. doakan saya sekeluarga supaya dipermudahkan perjalanan ke sana. insyaallah, saya akan bawa kedua2 cahaya mata saya bersama.



Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


-tahun ni baru nak mula. alhamdulillah diberi kesedaran tentang amalan puasa ini. moga tahun2 mendatang saya masih utuh dengan kesedaran yang dikurniakan Allah. Amin.


Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.



-amalan yang tersenang untuk dilakukan oleh semua orang. sambil akak2, adik2, pakcik2, abang2 mengacau air kopi pagi hari, menyapu halaman rumah, sambil layan jalan jammed...sila ringankan mulut masing2 berzikir. tak susah mana pun.

Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


-solat sunat taubat, lakukanlah selalu meskipun anda rasa anda takde buat dosa (egonya anda kalau fikir begitu ).seriously, takder?

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

-ni pun hari2 boleh ...oppss patut di lakukan yang termampu

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.  (persoalan entri saya sebelum ini terjawab sudah, jahilnya saya ni ya Allah. Alhamdulillah, hambamu telah diajar)

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


-saya termalu sendiri, dari saya beli lens yang menjadi kemahuan saya, lebih baik saya buat korban. adusss...malunya (terasa nak tanam kepala dalam tanah).
.
Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

-tahun ni niat nak pergi bawa anak2 ke surau or masjid sekali kalau diizinkan. insyaallah

Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.


Selamat Menyambut Aidiladha dengan penuh keberkatan dan ketaqwaan serta keinsafan....

Tuesday, November 16, 2010

Misi mencari prime lens

sumber gambar : ken rockwell


Seperti berita yang tertera di head entri. saya dalam misi mencari lens 50mm untuk nikon D40 tua saya. ianya sebuah prime lens ya, bukan optimus prime. dulu pernah ada yang 1.8f  punya tapi masa ekonomi tengah merundum saya let go jer kat kawan seangkatan. sekarang tengah gian memetik kamera balik, terasa nak beli balik pulak. mengadakan? hehehe..suka hati saya lah. Saya nak beli yang 1.8f , sebab nak beli 1.4f rasa macam kurang mampu jer.

saya dah biasa guna manual fokus, so tak der masalah dalam isu takder autofokus dan takder lah isu poket tak berapa nak tebal nanti. hehehehe. rasanya minggu lepas , harga 2nd siap filter boleh dapat dalam rm280 paling murah, paling mahal RM350 ( gilo apo, baik den boli baru kek kodai Jason). dah dibeli orang pun.
Kalau ada sesapa ada kawan yang nak letgo harga murah2...silalah bgtau saya. kalau takder takper, saya cari lah sendiri kalau ada masa.

bila dah tangan gatal2 memetik camera ni, saya phobia nak buka forum2 fotografi sebab....takut terkena racunnnn. bahaya worrrrrr. saya cuba elakkan...baca betul2 ayat tu...C.U.B.A. hehehehe....takleh tahan lah tengok aksesori yang makin diupgrade2. sekarang ni pun saya terasa nak beli tripod baru, studio backdrop system, light meter, dan nak tambah umbrella utk studio lighting saya. hehehehe...bisa bankrup saya.
kamera saya ni pun kadang2 datang angin dia taknak berfungsi dengan baik. dah nak menopos kut.


soalan; sekarang ni saya terdengar takbir raya di subuh hari dari surau area rumah saya. memang ada ker takbir pagi hari sehari sebelum hari raya? saya jahil ker? aduss..pepagi ni terasa nak call mak saya jer nak tanya. saya tahu saya kurang ilmu ...selama ini saya ingat cuma malam 10zulhijjah jer . tu lah duduk lagi tengah town takder surau or masjid dekat2. bila dah pindah pinggir bandar, barulah terbuka sedikit telinga ni.

Monday, November 15, 2010

Blogger panas musim ini: Aidid Mu'addib

saya respek giler babas kat saudara Aidid, pergilah baca blog panas terhangat beliau dan bila baca jangan kelip-kelip mata itu. baca satu per satu, kata demi kata dan ayat demi ayat.
saya pun dah berhari2 bertapa kat blog beliau dan laman-laman facebook kelolaan beliau. saya ni malas nak baca pasal gosip2 murah2, tapi kes AC Mizal ni serba sedikit membuka mata saya pasal terkena dan mengena. hahaha. takperlah biar saya sahaja yang faham. saya dah jadi kipas susah mati en.aidid secara tak rasmi. kalaulah blog aidid tu ada advertisement berbayar, saya sanggup klik seribu kali kalau dapat untuk tunjukkan sokongan pada dia. dahsyat tak?? terus teranag saya kata, lepas korang dah baca blog aidid or fb Say No To MLM korang pasti setuju tentang ketipuan yang terlaku oleh si pentipu. huhuhu..faham ker?


Friday, November 12, 2010

Buat duit dengan blog

Sesiapa yang terperasan bahawa saya baruuuuuuuu sangat buat satu lagi blog baru under profile id yang sama

dengan url http://talkabouttrend.blogspot.com. Ada sebab kenapa saya buka blog baru tu (blog pun masih sekadar cuba-cuba dengan bahasa omputeh yang grammer berterabur atas lantai.

Semalam masa tengah rajin mengoogle, saya terjumpa cara paling halus sharing profit pada iklan2 atau kaedah c-t-p (click to pay) dalam internet, saya terbaca satu artikel dalam SCRIBD.com alaaa...website yang banyak ebook free untuk dibaca tu.

Ni ringkasan dari apa yang saya baca;

1. Target user harus worldwide.
Kalau tulis blog bahasa kita, agak2 rajinker orang jepun,us, india nak guna translate web?Ok ler kalau nak target pembaca orang kita jer. tapi bayangkan kalau kita guna universal language. lagi ramai tau.

2. Topik harus yang panas, dan meletup. (amboiiii...ayat nak power jer)
Cara termudah nak tahu apa yang orang sibuk search kat pakcik google ialah dengan menggunakan Google trend. cubalah taip kat search. bukak 1st website yang tertera. jeng jeng jeng.

ni saya print screen tadi. cari ler topik2 yang berkaitan. kalau yang buat blog pasal ekonomi mesti dah buat satu topik pasal google raise. pakcik google kan kaya, staff dia dapat bonus plus kenaikan gaji lagi. kalau blog pasal gadget boleh tulis pasal android gingerbread tu. yang lain2 tu...lu pikir lah sendiri. hehehehe

3.  Advertiser...
suscribe ler pada segala advertisement provider yang ada kat doooonia ini. google adsense boleh, Advertlets boleh, nuffnang pun boleh juga.

4. Submit url
dah penat2 buat tu buat ni nak kasi satu dooonia baca, jangan pulak lupa submit url anda kat pak cik google dengan mak cik yahoo takpun mana2 search engine yang anda tahu.

saya cuba2 jer dulu ni. pagi tadi lepas buat perkara seperti diatas. hehehe. dekat statistik saya dah ada 3 pembaca dari US dan 2 dari malaysia ni ha.(ek-e-le , baru 5 orang baca dah kecoh ;p)
ni image copy dari dashboard saya punya stats. gayat kejap. pada blogger yang reader diorang worldwide tu, janganlah pandang saya sebelah mata, saya tahu setakat 5 org pembaca korang boleh dapat 10reader sesaat.. saya baru nak test market.saya blogger baru. belum layak panggil blogger pun.

tu jerlah nak share. kalau ada yang nak tambah or nak tegur2 or kutuk2 jangan segan-segan bgtau saya yer

Thursday, November 11, 2010

My Kids 1st movie outing.




*naruto baru balik wayang

Hari minggu di minggu lepas, saya dengan jayanya memujuk husband untuk bawa anak-anak menonton wayang. Tahukah anda bahawa untuk memujuk husband kesayangan saya itu memakan masa bertahun-tahun? huhuhu. tak tipu. memang sangat susah. entah macamana terbuka pula hati dia setuju dengan cadangan saya hari tu.

pergi dengan sepupu saya dan anak2 buah saya yang kiut miut. tengok cerita Magika. alah yang diana daniel dengan mawi berlakon tuu. kami sampai lambat 5 minit lepas wayang bermula. bila masuk jer, tengah adegan ziana zain tergelak cam jembalang tanah. heeeheeeheeee...iman terus tekup muka dia kat dada ayah dia. uwaaaaaa....dalam hati saya moga2 anak bujang saya ni tabah sampai habis cerita. hehehe. si dara saya pula pantang scene orang berborak, dia pun membebel sama. agaknya dia ingat pelakon2 tu cakap dengan dia kut. tah macamana ada satu adegan aznil joget2 kat padang si ain boleh bantai gelak terkekeh2. suka betul anak dara saya yang sorang ni.

berbalik pada iman, cerita dah setengah jalan baru dia nampak santai dan nampak enjoy the movie. dia kenal fimi don tu as putera shazlan. so sepanjang jalan cerita dia rasa macam tengah tengok putera shazlan ler tu. hehehe

balik dari wayang iman nampak pulak naruto punya lilit kepala, sib baik murah. belikan jer lah. suka dia. jangan ingat cerita kisah panggung wayang ni tamat disini...hehehe. esoknya, husband ajak lagi pegi tengok wayang. wahwahwah. naik seh pulak. kali ni tengok cerita Megamind. nak tengok 3d takut lak si kecik ni sakit mata sebab dia tak reti pakai spek 3d tuh. tengok yang biasa jer.

this time iman had a great time watching movie (ececece speaking pulak). husband siap cakap, next time kalau iman meragam ker apa ker, ajak tengok wayang jer lah. :P.
pada saya pula, lebih prefer tengok cerita2 family dengan budak2 sebab kurang sikit couple2 yang buat aksi bukan2 dalam panggung. ada tetap ada cuma tengok keadaan juga tuuuuuu. karang kalau dikupas pulak pasal gejala sosial dalam panggung, diperli pulak sedara2 dengan panggilan ustazah. haih...

Monday, November 8, 2010

Anak dara saya yang gigih...


*dah dua hari dia cuba buat aksi makan trumpet ni . still tak lut. sila abaikan kaki iman kat atas kerusi itu yer



*syioookk wooo lepak bawah meja.


Ain tersangatlah lasaknya. Alhamdulillah...sihat tubuh badan si dara ni. 5hb nov; ain berjaya berjalan sendiri tapi setapak dua je. ok ler tu. disamping itu dia juga secara tak rasmi menjadi dbkl bergerak saya (ni kes kutip semua yang dia jumpa kat lantai) dan tukang punggah handbag.

sekarang ain dengan iman sangat suka tergelak terkekeh kekeh berdua. kalau time nak tidur lagi rancak kekehan budak2 ni. Ain suka dengar abang dia gelak. abang dia pulak memang suka gelakkan adik dia.

orang tua-tua selalu pesan jangan bagi anak suka sangat (a.k.a ketawa berlebihan) sebelum waktu tidur takut dia terkejut2 time tidur. tapi dengan anak dara saya yang gebus itu. lagi banyak dia ketawa, lagi senang dia tidur dan makin nyenyak. ke, anak dara saya ni spesis lain? hehehehe.

sekarang saya dah start bagi ain makan sendiri. kecah dia jangan cerita ler. pinggan kemain licin tapi keliling pinggan dengan baju dia penuh makanan. setakat ni kari dengan asam pedas dia dah rasa (jangan lah kata saya dera dia, dah dia tepuk makanan dalam pinggan saya terus masuk mulut, tak sempat nak tangkap tangan dia) lepas rasa, terus tolak jauh2 pinggan saya itu. hehehe..takut ler kut. spaghetti dah bagi yang solid punya not puree tapi memang saja kasi overcooked spag tu supaya lembut. seafood jer tak berani nak bagi dia try takut dia alergik macam ayah dia. kimchi jer belum try bagi lagi. ayam, daging dah ok dah makan. sayur pun dia bedal, lobak merah, kentang, tomato lulus pada tekak dia. yang belum try sayur2 hijau. minggu ni nak try bagi bayam. uuuuooooohhhh...abang dia takut bayam. hehehe



ringkasan bulan lepas sebelum terlupa

entri ni sekadar nak tulis nota-nota kejadian2 bulan lepas tapi tak sempat nak update dalam blog. karang kalau tak letak, terlupa pulak pernah terjadi. aci tak macam ni?


Pic: 25/10/2010, Ain dah boleh berdiri sendiri tanpa berpaut. at this time dia lagi sehari berumur 9 bulan. Syabbas betteee



Pic: 28/10/2010 iaitu hari lahir saya yang ke TIGA PULUH SAHAJA. huhuhu. tak kemana cuma berjalan-jalan sambil berpegangan tangan dengan husband dan anak-anak. :D.



Pic: 30/10/2010; Sehari selepas adik saya bersalin. ni dalam perjalanan ke hospital. husband saya 'memakai' Ain; nampak macho wooooo.
Pic; masih 30/10/2010. di perkarangan hospital. oleh sebab kanak2 langsung tak boleh masuk, Ain dan iman dilepaskan. jangan tiru gaya landing ain tu. kat kawasan ni dah macam masuk dalam taska. oh ya, Ain posisi begitu sebab sibuk kejak lampu hijau yang kelip-kelip kat lantai.



pic; 31/10/2010. selepas berbulan-bulan menunggu ain bebas sepenuhnya dari scabies akhirnya disahkan merdeka!!!; tarikh ini Ain selamat disunatkan di klinik warisan, oleh dr.rosaidah dengan bil mencecah RM19 jer...."D

Saturday, November 6, 2010

Allah hu Akbar

Selang sehari selepas hari lahir saya, adik kesayangan saya telah selamat bersalin anak pertama. Bayi yang lahir pra matang itu cuma seberat 1 kg. seminggu jugaklah saya berkampung kat rumah mak saya.

Sampai saat ini, kami sekeluarga masih belum dapat tengok pun babynya. cuma adik dan adik ipar jer yang boleh tengok. ambil gambar pun doktor tak benarkan. Dua hari lepas adik telefon mak sambil nangis-nangis. Ayat belum habis kitorang dah meleleh airmata duk pikir terjadi apa-apa kat baby.

ada khabar kurang baik, jantung baby terhenti 4 kali hari itu. aduh...tergurisnya hati ni. Janganlah terjadi apa-apa kat baby tu. lepas maghrib, baca yassin. mohon doa banyak2 kat Allah moga bayi itu dilindungi. andai terjadi apa-apa, saya doa supaya kedua ibubapanya ditabahkan hati dan dikuatkan semangat sebab masih dalam pantang. Allah maha besar, maha mengetahui dan maha mengasihani.




Thursday, October 28, 2010

It's my birthday and i'm blessed....

hari ini merupakan ulangtahun saya yang ke 30. malas nak berahsia tentang umur. biar satu dunia tahu bahawa saya ni bukan orang muda lagi :P. tahun ni sambut dengan ala kadar. sekadar suami dan anak-anak pergi jalan-jalan cari pasal. ngehehehe.

sahabat-sahabat terbaik saya sambut dalam telefon jer lah. yang penting diorang ingat. saya sayang best friend - best friend saya. meskipun ada yang single lagi dan ada yang baru kawin. malas nak kay-poh-chi macam masa muda remaja dulu.

malas ler nak menghadap balingan telur ler, tepung gandum campur tepung ubi kayu dan kalau kurang nasib baik ada pulak yang siram dengan air rendaman baju ( ni geng2 budak HND mesti ingat punya peristiwa saya guling-guling kat atas katil diorang dengan debu-debu tepung dan telur masih di baju hehehe).

saya sangat berterima kasih buat mak saya yang lahirkan, besarkan, didikan serta bebelkan saya. tanpa mak saya, saya dah kat tanjung rambutan dah kut :P.
i love my mak, ayah, adik serta anak-anak. buat suami, sayang dia lebih sikit. tak lupa buat satu kaum keluarga yang merata2 tercampak kat bumi ni (ceh dah macam ucapan hari raya pulak kan?)hehehe.

saya tahu Allah sayangkan saya sebab saya pun sayang kan DIA. sebab tu saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga 'besar ' yang cukup makan, dan dipertemukan jodoh dengan insan terbaeeeeeekkkkk diciptakan untuk saya. amin, amin, amin, amin ya rabbal alamin.


akhir kata, selamat hari lahir untuk saya.

Saturday, October 23, 2010

PSP untuk Iman...

*gambar kredit to the register

Sana sini supupu, anak buah, bapak buah semua pakai psp. tayang pulak depan Iman. Hari ni dah masuk seminggu si Iman minta PSP.

"ibu, beli psp yer?"...everyday.....every single day. Pantang teringat , tu ler yang disebut. Nak berjanji takut tak terbeli. Ayat last ,"insyaallah, cukup duit ibu dengan ayah beli yer?". sikit punya lemak merdu suara saya nak pujuk si abang ni.



*tengok muka hensem dia...ada berani nak kecikkan hati dia ker??

"ibu,ibu,ibu...i love you," eceh..pandai pulak ambil hati ibu dia. Hati saya gundah gulana ( wakakaka, ayat tak leh blah). Ikutkan hati saya pun nak juga psp. huhuhuhu kantoi. tapi PSP bukanlah satu keperluan dalam hidup saya, ianya kemahuan. Ada faham??

Tapi apa lah budak 5 tahun tahu pasal kemahuan dan keperluan? Persoalannya; perlukah saya belikan anak saya PSP? ( jangan buang masa suruh saya ganti dengan nintendo, gameboy, brickgame...tak jalan. Sebab Iman akan geleng kepala dan cakap ini bukan PSP) Iman kenal rupa PSP macamana. Dia juga tahu macamana nak guna encik google untuk cari gambar psp. Time ni rasa nak ketuk kepala sendiri pun ada.

Kat rumah kami ada, ps2 (nyawa-nyawa ikan) , ada pc khas untuk Iman main game ( hari-hari dia lanyak game kat pc ni), ada juga hp saya yang ada game kurang pandai, serta susunan kereta-kereta hotwheel yang dia akan belek sampai tertidur. But, it's not enough! Sekarang si bujang saya yang hensem tu berkenankan PSP.

Harga PSP lepas survey tak der yang dalam capaian budget. Yang murah ada lah yang belum modded tapi nak beli game ori makan 50hinggit tau. Bolehker Iman jaga PSP tu dengan baik? Apa akan jadi dengan pc dia kat bilik dia nanti? Yang paling penting dalam kotak pemikiran saya adalah, bagaimana kesan kepada diri Iman tu sendiri lepas bergelumang dengan PSP? fyi; iman ni late talker, kurang bersosial dengan budak-budak lain kecuali dgn sepupu2 dia, and last but not least.....Iman kaki game. sedangkan kat pc pun boleh layan berjam-jam main game inikan pada benda yang portable, mau main psp dalam selimut.

Saya dan husband sampai sekarang masih berkira-kira nak beli atau tidak PSP? Ikutkan hati memang saya akan beli sebab senang nak 'ugut' dia dengan psp tu nanti. tapi bila fikir guna akal, macam tak worth it jer tambah lagi iman nak masuk pre school tahun depan. takut lak dia kurang tumpuan dalam pelajaran. Besides, kami dalam proses mengumpul modal untuk buka bisnes kecil-kecilan dalam masa terdekat ni. Saya sangat lemah kalau anak saya merajuk, tapi sangat berbunga-bunga di hati kalau anak-anak saya riang ria bergumbira. ARRRGGGHHHH...tensennya. keputusan belum dibuat. tunggu kata muktamad husband dulu.

hati saya mula berbelah bagi.................

petikan dari sini

Sayyidina Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhah bercerita: Pada suatu hari, seorang laki-laki menghadap Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah, sungguh aku telah melakukan perbuatan maksiat. Aku memohon padamu agar berkenan memintakan ampunan kepada Allah untukku." Rasulullah kemudian bertanya, "Apakah maksiat yang telah engkau lakukan?" Laki-laki itu menjawab, "Ya Rasulullah, aku sangat merasa malu untuk mengatakannya kepadamu." Rasulullah kembali bertanya, "Mengapa engkau malu mengatakan kepadaku tentang maksiat yang engkau lakukan, sementara engkau tidak merasa malu kepada Allah ketika engkau melakukannya. Padahal Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu."

Rupanya orang itu terlalu sensitif mendengar nasehat Rasulullah dan salah menyimpulkan. Ia mengira Rasulullah menyindirnya dan tak berkenan mendoakannya. Lelaki itu lantas keluar dan pergi. Dia menangis. Hatinya diliputi perasaan sedih dan putus asa karena merasa sudah tidak memiliki tempat bergantung untuk menyelesaikan masalah lagi.Tiba-tiba datang malaikat Jibril kepada Rasulullah seraya berkata, "Hai Rasulullah, mengapa engkau membuat seorang yang berdosa berputus asa? Padahal ia memiliki amal yang dapat menghapus dosa, sekalipun dosa yang dilakukannya sangat besar." Rasulullah kemudian bertanya, "Hai Jibril, seperti apakah amal yang dapat menghapus dosa?"

Jibril menjawab, "Dia memiliki anak yang masih kecil. Setiap kali ia pulang ke rumah, ia langsung menemui anaknya dan memberikan sesuatu kepadanya sehingga anaknya merasa gembira. Yang demikian itu adalah penebus dosa yang mahal harganya."




Wednesday, October 20, 2010

Cinta hati beta.....


Makhluk ultraman berdua kat atas ni merupakan cinta hati, pengarang jantung, intan payung, jintan manis, gula melaka, juga rempah ratus saya. Yang kecik tu, pewaris takhta. Yang besar tu, faham-faham ajerlah...hehehe. Gambar ni diambil dalam tahun 2 lepas rasanya. Masa ni baru beli studio light baru. Ultraman-ultraman berdua amat suka sangat bergambar dengan studio light itu. Masa ni Ain belum ada. Pendek kata si abang lah satu-satunya anak yang ada. Tu yang manja dia terlebih-lebih tu.

Sila jangan muntah darah untuk gambar selepas ini
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ahaaaa..jangan bimbang. Makhluk Allah diatas ini bukan sebarang makhluk. Beliau masih cinta hati saya dolu-dolu, kini dan selamanya. Saya sentiasa rindu gila kat dia. Rock Kapak steady babeh. Sekarang masih bermain gitar bersama2 saya. Jangan tak tau saya juga bisa memetik gitar. hehehehe..petik jer lah tahu. lagu apa yang keluar belum sure orang tau. Biarlah apa orang nak kata, cinta kapak lebih bagus dari cinta monyet. (tetiba kluar monyet pulak dalam entri ni apahal?) Semenjak berpindah rumah baru, kami dah tiada masa jamming sesama tambah lagi gitar tinggal satu jer. Rindunya..... ni yang rasa nak bercinta balik dengan encik husband.

...sambungan(tertekan publishlak, sepatutnya saya nak simpan as draft dulu)
saya buat entri ni sebab saya rindu sesangat dengan encik husband yang tersangat sibuk sekarang. jarang sangat dapat masa together-gether dengan dia. selalu ada waktu terluang pun memang spend habis kat anak-anak. kesian wooo tengok yang abang dengan adik muka tersangat riang bila nampak ayah diorang buka pintu. paling kesian kalau anak2 memang tak jumpa langsung ayah diorang untuk sehari suntuk.

buat husband saya yang tersayang, terima kasih sebab berkorban untuk kita sekeluarga. selain cinta saya buat Allah, kasih dan sayang saya tetap pada abang, juga anak-anak kita. nak ucap romantis-romantis kat blog ni takut ada yang demam kus-kus pulak karang.






Monday, October 18, 2010

Hari santai saya....

Saya suka sangat bila tiba hari ahad. kenapa? sebab hari ahad hari saya duduk-duduk, baring-baring, lepak-lepak, sambil makan-makan. Kalau ada rezeki dapat juga orang tolong urut kaki :D. Tak faham yer? hehehe..takper.

Hari ahad, encik husband cuti. So, hari ahad saya isytiharkan sebagai hari mengada-ngada saya. Hari ahad, husband saya yang baik hati dan yang sayang sangat kat saya tu akan memasak plus cuci pinggan and kalau rajin dia terlebih-lebih, kain baju pun dia tolong cucikan. baikkan husband saya? Untung wooo kawin ngan dia...



Macam biasa menu husband, east meet west. Ada kari kapla ikan, salsa, herb yogurt and semestinya kimchi oisobagi saya. Air, jus lingzhi.

* kari kepala ikan

*salsa

*oisobagi kimchi



*10 minit kemudian....burppp. Alhamdulillah.

harap maaf, aksi kami sekeluarga sedang bersantap tak boleh nak tempek, segan weh.skill ikan terbang, semua ada.

Saturday, October 16, 2010

Perkahwinan dan ekonomi

Tajuk entri yang agak-agak serius untuk dikupas. Serius ni, serius.

Pagi jumaat macam biasa layan Oprah W show kat ntv7 your feel good channel...cheh, siap iklan lagi. Topik dia memang amat membuka mata saya. Perkahwinan di dalam krisis ekonomi.

Ingatkan mentaliti orang barat ni makin maju rupanya ada yang masih memundurkan diri. Ada pasangan yang mahu bercerai sebab partner mereka kehilangan pekerjaan di zaman kemelesetan ekonomi ni. Bukan ker dalam ikrar perkahwinan diorang ada declare depan semua orang yang susah senang bersama? Boleh cakap yang diorang tak sanggup nak hidup bersama lagi sebab suami tak der kerja. Dah tak ada siapa nak ambil diorang bekerja, apa boleh buat. Kalau husband memasing sekreatif orang-orang kita, boleh pacak gerai dah lama agaknya husband memasing jual goreng pisang, keropok lekor, ramly burger..kan, kan, kan?

"I, ___________, take thee __________ to my wedded wife/husband, to have and to hold from this day forward, for better for worse, for richer for poorer, for fairer or fouler, in sickness and in health, to love and to cherish, till death us depart,...bla.bla.bla so on." see, see... jadi apa fungsi ikrar macam ni dalam perkahwinan mereka? buat syarat jer kut.

Sebenarnya apa yang saya dengar dan lihat di rancangan itu tak banyak beza pun dengan orang kita. Ada sahaja kes cerai berai sebab fulus, ongkos, dan duit. Tambah pula di zaman ekonomi dunia yang makin tidak stabil. Tahun 2008 menyaksikan Dollar merundum jejak ke bumi, tapi yang untungnya harga minyak juga ikut terjun tiruk dan harga emas melambung-lambung di atas awan. Jangan kata emas, segala jenis tok nenek metal naik melambung even until this very own 2010..silver, platinum, copper,palladium masih belum tunjuk tanda nak turun. Cuma harga minyak jer cuba nak bertatih naik balik.

Dimanakan kedudukan perkahwinan anda ketika musim gawat itu terjadi. Perkahwinan saya alhamdulillah masih kukuh dipasak bumi. Walaupun ada ketika bergoncang hebat dilanda masalah kewangan, tapi masih boleh survive. Ada juga perkahwinan yang bergoncang dan ada yang tewas. Takziah saya ucapkan dan moga masing-masing diberi jodoh yang masing-masing inginkan. Jangan keluar mulut harimau masuk mulut buaya sudah ler.

Dalam musim-musim ekonomi tengah nak naik balik ni, jadilah sekreatif mungkin untuk menaikkan taraf hidup anda. Yang pasti sumber kekayaan datang dari perniagaan, yang datang dari Allah bukan dari bapak. hua hua hua. Jadi, mulakanlah sebarang perniagaan yang anda mampu biarpun menjual gula-gula 20 sen.

Iklan.....Sepupu, adik dan makcik saya dah berniaga di tapak uptown Jelatek. Meh ler datang tengok-tengok kat situ. Insyaallah, barang yang dijual di uptown2 yang susah nak parking tu, ada dijual di uptown jelatek. harga boleh kawtim punya. Naik LRT Putra turun kat stesen Jelatek. Keluar stesen terus nampak uptown tu. Harap maklum; dibuka dari jam 9 malam ke 2 pagi dari Sabtu sampai Khamis. Jumaat; pasar malam.

Gambar upload esok-esok ler.

Biar mati badan, jangan mati iman.....

Wednesday, October 13, 2010

Abang 'jaga' adik.

















Tragedi oktober betul hari sabtu hari tu. Saya biarkan Iman dengan Ain main toys kat atas lantai. disebabkan saya confident Ain takkan terjatuh tambah pula Iman ada main sama-sama dengan adik dia, saya tinggalkan sekejap sebab nak angkat baju kotor dalam bilik air masuk mesin basuh. tak sampai beberapa saat dengar bunyi bedebuk diikuti dengan tangisan serta raungan ala-ala kena dera.

Adoooooiiii...nak pitam rasanya tengok si abang dekat atas katil, kaki adik tersidai kat frame katil, kepala adik dah kat lantai kiranya adik dia upside down ler. Tengok keadaan macam tu rasanya saya tau apa yang terjadi. abang angkat adik naik atas katil lepas tu tertolak adik. saya tahu sebenarnya iman nak main kejar-kejar dengan adik dia atas katil sebab takut adik dia terjatuh kat atas simen ( ikut logik dia, kalau jatuh atas tilam tak sakit) but unsangkarable adik dia boleh terbabas kat sipi katil.

Entah macamana spontan tangan ni melibas kaki abang dia (ehem.. kena pukuller tu). Adus bila fikir balik, terasa bersalah sangat kat Iman. Tahu dia tak sengaja, tapi time tu panik sangat tengok kepala adik dah benjol dan adik meraung-raung kesakitan. Last-last lepas kekagetan itu dah reda kitorang tiga beranak menangis sama-sama. Iman-menangis sebab kena pukul, Ain- menangis sebab jatuh, saya- menangis sebab pukul Iman. Terasa berdosa sangat kat anak-anak. Walaupun tragedi tu berlaku dah 4 hari lepas, time menaip ni pun terasa hiba jer hati. aduhh...unclever mother betullah saya ni. Mana hilang sifat-sifat sabar saya waktu tu? Masyaallah, astaghfirullah. Kerana kelalaian saya sendiri saya salahkan Iman. Adakah patut? tak patut betul.

"Iman, Ibu minta maaf sangat-sangat. Jangan simpan dalam hati yer. Ibu tahu Iman nak main dengan adik, ibu tahu iman sayang adik, ibu tahu iman jaga adik". Teringat-ingat muka Iman kena pukul haritu, rasa bersalah masih menghantui saya.

Ya Allah, aku memohon padamu agar dapatku mendidik anak-anakku dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran. Amin













Monday, October 11, 2010

Kod babi.

*UPDATE: kod-kod dibawah masih tak dapat dikenalpasti kesahihannya. Sila buat rujukan yang lebih mendalam yer.
(19/10/2010)



Tajuk entry jer mesti ingatkan saya tengah menyumpah seranah. :D gimik jer tu. Saya nak share info yang saya dapat dari kawan blog saya encik Panglima 7. Lepas terbaca entry dia, terus saya punggah satu peti ais belek kod-kod kat food container. ALhamdulillah, peti ais saya didapati bebas dari kod2 dibawah.


Kod-kod diaatas ialah kod makanan yang mempunyai lemak babi. Harap print dan simpan dalam wallet anda seperti apa yang dipesan oleh Panglima 7. Moga kita dijauhkan dari benda2 yang tak elok dan haram. aminn.

Thursday, October 7, 2010

Maxis Jahat!

maxis broadband..tak baik buat orang camni tau.
.
pernah tak korang hadapi masalah dengan service hotlink korang perlukan bantuan dari maxis service center? nak nak pulak credit ngam-ngam 50sen. tak yah susah2 call service center dia, it's not free....NOT FREE!!!!
dah ler maxis yang buat hal, kita nak call dia bg tau dia dah bg problem kat kita, kita lak yang kena bayar. adil ker?
saya call service center, dah beberapa minit tunggu tak der sapa layan, pastu lagu satu malaysia berkumandang.
saya rasa dua tiga kali ulang jugak ler. last2, fedup saya letak ler telefon. pap. tetiba credit yg ada 8 hinggit lebih jadi 7 ringgit. biar betul? apa pun tak dapat buat, complain tak dapat, credit prepaid dia dah potong awal2.. maxis jahat, tak baik. pengguna yang tertindas cam saya ni sapa nak peduli yer tak.

saya sebenarnya nak complaint ler pasal prepaid broadband diorang. suscribe untuk sehari. rm 8. lepas dapat confirmation sms boleh ler saya online...
ekkk WRONG. maxis tak bagi bypass langsung web dia. means saya tak leh nak buka yahoo ker google ker, apa kejadah ker. yang saya boleh buka cuma maxis.com.my dengan hotlink.com.my. apahal ler pulak ni. kalau server down ker hapa ker, busuk-busuk2 pun dia leh announce kat web dia yang memang laju jer kalau buka.

signal full terpampang kat software broadband ni. bukan edge, hsdpa lagi. full tu. saya suscribe start pukul 1 tghari, tengah Iman main2 ler laptop ni tetiba dia jerit. ibu, ada games. (ada software games dalam laptop yang kalau ada line internet dia automatik pop up untuk main online.) masa tu dalam pukul 2 lebih. dapat ler pulak.
so saya buat bodoh jer lah biar iman main kids games kat internet. pukul 4 lebih camtu suruh dia stop sebab lama sangat dah depan pc. tutup laptop.

sampai ke malam lepas budak2 ni dah tido baru saya online balik. dalam pukul 11 nak ke pukul 12. benda yang sama jadi. dia tak bg bypass. last2 saya buat kerja editing jer lah. tengah layan mengedit, pop up games tu muncul balik. fuhh dapat pun.

layan internet jap sementara tunggu husband balik dalam kul 2 pagi, then dia pulak sambung sampai pukul 4 mcm tu.

pagi2 bangun, husband nak online ler check fb dia. dia cakap tak boleh online. hmmm. kali ni biar dia on dari pukul 11 pagi. sampai habis tempo pukul 1 pun masih tak dapat go thru internet selain web diorang. so boleh bayangkan tak apa perasaan saya yang tertindas ini. itu pasal saya nak buat complain, bukan nak menderma credit.

hmm...sabarjerlah. malas nak panjang2 cerita. saya hantar surat elektronik (email) ke maxis. entah diorang layan ke tak surat saya tu.
untuk pengetahuan semua, saya dah beberapa kali suscribe prepaid broadband ni dan biasanya dia tak bagi bypass dalam seminit dua maybe nak cari contact point yang sesuai
( entah amene saya merepek ni) tapi lepas tu terus ok. no problem kecuali kalau pc dah off dan saya nak on balik. terseksa sikit nak menunggu.

tapi kejadian sampai tahap kena tunggu beberapa jam baru dapat check email. hmmm....




Tuesday, October 5, 2010

Selamat Ulang Tahun yang ke 'ehem' suamiku

n3 kali ni di dedikasikan buat suami saya yang tercinta sampai mati, mr.joe.
sesiapa yang membaca harap jangan pitam2, muntah darah, termimpi2 yer.


Husband saya sangat-sangat-sangat dan sangat penyabar orangnya (minus kalau traffic jammed :P). Rezeki saya nikah ngan dia. Terus terang saya mengaku, saya dah banyak berbuat dosa kat dia tapi dia ampunkan saya, terima saya seadanya. Saya dulu memang suka membentak, tarik muka masam ( ni kes tak dapat apa yang saya minta), dan kalau nasib tak baik mood swing saya datang, kesian husband saya terpaksa menahan leteran dan jelingan2 tak puas hati dari saya. Berdosa besar saya kan? Saya pula jenis yang kalau tak puas hati memang pendam dalam hati. Bila dah simpan punya simpan, benda tu jadi lahar dan bila tiba masa dia meletup, saya sendiri takut tengok muka saya dalam cermin. (serius, tak tipu!)


Itu doluuuuuu. Sekarang saya dah insaf, saya dah pulang kepangkal jalan, saya dah mengerti erti menjadi isteri soleha buat seorang husband yang sangat sayangkan saya dan anak2. Saya dah tak sanggup tengok muka kecil hati dia, sayu nya rasa. Tambahan pula sekarang husband buat 2 kerja sementara nak establish balik life kami.

Impian saya kini hanya nak buat dia jadi suami paling bahagia kat dunia ni. Saya nak jadi pasangan dia dalam syurga, insyaallah. saya taknak bidadari syurga dekat-dekat dengan dia, saya jeles sangat kalau baca pasal bidadari syurga ni. saya nak jaga makan, minum, pakaian dan HARTA2nya (besar caps lock lagi, anak2 adalah harta terpenting buat dia). Saya juga dah tanamkan azam nak membantu ekonomi rumahtangga kami yang sedang baru nak bertatih kembali.

Saya sayangkan husband saya. Amat-amat-amat-amat sayangkan dia.
Buat husband , Selamat Hari Ulang Tahun yang ke ' ehem' . Moga Tahun-tahun mendatang akan mendekatkan diri mu pada Allah berlipat kali ganda, moga juga rezeki yang dikurniakan Allah buat kita sekeluarga dipergunakan kejalan Allah dan last but not least moga dipanjangkan usia kita agar dapatler kita bermain-main cinta macam muda-muda dulu.


Friday, October 1, 2010

Hukum Karma

What comes around, goes around. Ever heard? Saya percaya pada hukum karma. tuhan bayar cash jer kat dunia ni. hari ni kau buat orang, esok-esok orang pulak buat kat kau.
tapi ada juga makhluk Allah yang tak dapat terima kenyataan. masih denied kesilapan-kesilapan lalu yang pernah di tuba kat orang lain.

Apalah yang susah sangat nak mengaku yang kau pun pernah buat salah dulu, pernah aniaya orang, pernah menyusahkan hidup orang. sekarang kau dah susah yang kau cari sendiri habis kau jaja cerita sedih kau kat orang lain. Tuhan baru bayar downpayment jer tu. Balance dia bayar ansuran. Tu pun kalau tak sedar-sedar diri juga.

Allah sayang hambaNya yang pemaaf. Biar sebesar mana, biar sekecil mana. What comes around, goes around. Tak payah nak doa yang mendatangkan dosa. Buat penat air liur plus tambah dosa. Syaitan dalam hati bersorak seronok.

Maaf, note kali ni amat mencabar kesabaran saya yang setipis bawang. ringkas dan tersirat, tersurat, terselirat dan segala2 yang lain. Saya juga insan biasa pernah berbuat silap dan dosa. Orang lain pun pernah berbuat silap dan dosa pada saya. Tapi,saya maafkan sahaja (dulu masa darah muda menggelegak saya pun pernah doa bukan-bukan). Bukan susah sangat. Tak payah tunggu orang datang melutut minta maaf, tak perlu ego, tak perlu jatuhkan airmuka nya.

Maaf buat sesiapa yang terasa, tapi saya tujukan nota ni untuk diri sendiri khasnya. Biar saya ingatkan diri sendiri, manalah tahu saya pun akan ter'doa' yang bukan-bukan pada orang lain.

"Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya"
Amin.


Monday, September 27, 2010

Dim Sum Halal

**Update: The website owner had updated the note "restaurant turn Non-Halal". Bravo!



the so called halal dim sum (diwar-warkan dalam blog makanan) Restoran Ah Kad Kar is NON-HALAL.

Tengah malam tadi terasa nak survey spot halal dim sum. teringin pulak. survey punya survey, jumpalah info kat satu website ni. Beria-ialah saya baca satu persatu ayat dia (saya ni english slow sikit). siap tunjuk gambar logo halal lagi (but bukan dari JAKIM rasanya).

sekali pandang macam menarik...fuhh..tak puas hati search pulak kat google. alhamdulillah ada website rupanya restaurant nih. Dah baca serba serbi 'about us' tak der pulak dia declare dia adalah restaurant halal. (time ni dah rasa syakwasangka sikit). search kat gallery dalam web tu pun still tak jumpa dia tempek logo halal kat mana2 (kebiasaanya kalau sesebuah restoran tu berstatus halal pasti kat dalam web dia sana sini dia letak logo halal, rite?).

Time ni dah resah dah, sebab kat foodies blog banyak yang dah promote kat kawan2 muslim. Check kat menu dalam web tu under 'rice and porridge' >>>>>> arrrgghhh dah agak dah.

Grilled Pork Rice Bowl
Pork With Perserved Vegetable Rice
Cha Siu Rice Bowl

kat 'noodles and soup' menu pun ada juga makhluk Allah tu. Sedihnya hati saya. bukan sedih sebab tak dapat makan dim sum ker apa...tapi sedih sebab terbayangkan kalau orang islam yang tak selidik betul2 mesti dah termakan juga. Ya Allah kau permudahkanlah kami menentang fitnah akhir zaman ini ya allah.

Buat teman-teman bukan Islam. Tak semestinya restoran yang 'pork free' itu halal. Dan tak mungkin restoran yang ada jual 'pork' dapat status HALAL.

Saya ada kawan berbangsa cina yang sangkakan kalau tak ada 'pork' maknanya kita boleh makan apa saja. Beliau offer kami husband n wife makan laksa rumah dia. katanya ibunya masak. sebelum saya buka mulut tanya dia bagitahu " no worry, today we cook no pork," erk, maknanya family dia memang makan 'pork' ler. saya time tu tak tau nak explain macamana dekat dia tak semestinya takder 'itu' kami boleh makan apa aje. bekas-bekas pisau, pinggan, mangkuk, sudu, garfu..terjamin ker?. husband dah siku saya, saya siku husband. last2 taknak kecilkan hati dia kami cakap kami dah kenyang sangat.

sekarang saya rasa bersalah pulak sebab tak explain kat dia. mana tahu dia offer kawan seislam lain yang kurang sikit pengetahuan kan dah aniaya tu. takperlah esok nak cakap dengan husband suruh bgtau juga kenapa kitorang reject offer dia dulu.

So, saudara seislam semua. berhati-hati dalam memilih makanan anda tambah lagi yang beli dari luar a.k.a tapau. sup ayam pun tak tentu lagi halal walau beli dengan wak leman tau. manalah tahu buatnya wak leman pun ambil ayam siap potong 16 dengan muthusamy or ah siong, tak ke naya tu.

Buat foodies blogger, tak kisah walau apa bangsa sekalipun berhati-hati dengan post anda masing-masing. Dan buat pembaca blogger juga berhati-hati dengan apa yang terpampang tak semestinya itu kebenaran. (jangan salah anggap, saya tak kata blog tu menipu tapi dia pun tak tahu perkara ni)

gambar kedai tu tak berani nak tempek sini sebab bukan gambar saya (takut lak kena saman). tapi buka lah web2 yang digariskan di atas tu. sekian TQ TQ TQ

* 'pork' = pig = khinzir = oink-oink



Thursday, September 23, 2010

mengidam............................. iPad

*gambar ambil direct dari website apple

saya tengah mengidam ni ha....bukan preggy tapi mengidamkan iPad. tengah kerja keras ler( yang kerja keras encik husband ler, saya kasi semangat jer) nak beli yang ada wifi plus 3g tu. baru tengah berangan-angan sambil belek-belek review kat net tetiba laptop pulak kaput.

pappp!!! tepuk dahi husband saya lepas ni. hehehe. cuba restart balik, lepas 3 kali cuba restart baru hidup. ni pun time menaip dia terkelip2 nak shut down..haih dah nyawa2 ikan dah laptop ni. muda lagi umur..baru 5 tahun. isk isk isk. nampak gayanya lamaaaaaaa lagiler nak pakai ipad tu. silap2 time cukup duit beli ipad ada gadget lagi canggih dari tu akan datang.

hmm...ikutjer lah apa kata rezeki dan apa kata suami. dalam keadaan sekarang ni ingat nak trade in laptop ni dengan netbook; ringan sikit. tapi susah jugak kalau nak buat kerja photoshop editing. kalau ikut hati yang kaya berangan; netbook, ipad dengan macbook semua mahu. kalau ikut poket; beli jer lah netbook dulu. desktop leh pakai iman punya cuma kena tambah memori jer. tapi takut cepat crash pulak desktop dia yang banyak giler software games. nanti pikir sama-sama dengan husband.


Tuesday, September 21, 2010

Karpet dan hama-hamanya...

Saya sebenarnya paling benci plus tak suka langsung karpet ni. memang dari zaman kecik2 dulu memang camtu. selalu kena tegur dengan arwah nenek suruh duduk atas karpet jangan duduk atas simen. Tapi bila dah besar gajah (amek kau) macam dah biasa berkarpet2 ni walaupun sekali sekala bila teringat hama2 kat karpet tu buat saya geli geleman nak duduk or nak letak anak2 kat atas karpet.
tapi hakikatnya sekarang, rumah saya ni fully carpet (eceh tetiba speaking london). Nak pasang tikar getah, tak terbeli-beli lagi. Rimas betul. Dah ler malas nak vakum hari2 tapi demi terlihat cik adik manis a.k.a ain suka golek-golek atas karpet, kugagahkan juga vakum setiap karpet yang terbentang di rumah ni. Tambah pula husband suka baring-baring, golek-golek, lepak-lepak atas karpet ni so kuasa veto ditangan dia.

Ikut hati memang SAYA TAMAU PASANG KARPET kat rumah sebab geli dengan hama-hama didalamnya yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit. Cucilah karpet tu macamana sekalipun susah nak kojol hama-hama ni unless rebus dalam air panas ( rebus yer anak-anak bukan curah air panas).

Pernah tanya kat orang yang service carpet2 nih, kata dia dia boleh hilangkan segala hama2 yang ada (katanyalah..) tapi bila tanya hilang hama tu 100% ke? dia sendiri cakap 100% mustahil nak hilang melainkan rebus karpet tu, dia bagi gerenti dia boleh kasik 98% hilang. boleh pulak..maknanya kalau ada 100 ekor hama dalam karpet tu, 2 ekor hidup lah yer..kalau yang 2 ekor tu buatnya sekor jantan sekor tino..membiak lagi ler hama tu. ( hama ada ker jantan betina ke? )

Pendek kata; lepas pasang tikar getah tamau letak karpet dah. Nak kasi tazkirah pendek dekat husband dulu :P



* gambar2 berikut ialah hama di sekeliling rumah kita, tilam, bantal, selimut, cadar, kusyen terutama karpet. ngerikan. cuba bayangkan sekor-sekor gigit korang tanpa korang sedar. siap buat rumah kat atas kulit kita, pastu dah ler rumah takder jamban, buang najis merata2 kat kulit. gulppp.....semua gambar2 makhluk hama yang rupa alien diatas kepunyaan forum : maribelajar (bagus forum ni, macam-macam boleh belajar kat sini untuk anak2.)