Sponser saya...

Showing posts with label aira lahir. Show all posts
Showing posts with label aira lahir. Show all posts

Monday, November 8, 2010

ringkasan bulan lepas sebelum terlupa

entri ni sekadar nak tulis nota-nota kejadian2 bulan lepas tapi tak sempat nak update dalam blog. karang kalau tak letak, terlupa pulak pernah terjadi. aci tak macam ni?


Pic: 25/10/2010, Ain dah boleh berdiri sendiri tanpa berpaut. at this time dia lagi sehari berumur 9 bulan. Syabbas betteee



Pic: 28/10/2010 iaitu hari lahir saya yang ke TIGA PULUH SAHAJA. huhuhu. tak kemana cuma berjalan-jalan sambil berpegangan tangan dengan husband dan anak-anak. :D.



Pic: 30/10/2010; Sehari selepas adik saya bersalin. ni dalam perjalanan ke hospital. husband saya 'memakai' Ain; nampak macho wooooo.
Pic; masih 30/10/2010. di perkarangan hospital. oleh sebab kanak2 langsung tak boleh masuk, Ain dan iman dilepaskan. jangan tiru gaya landing ain tu. kat kawasan ni dah macam masuk dalam taska. oh ya, Ain posisi begitu sebab sibuk kejak lampu hijau yang kelip-kelip kat lantai.



pic; 31/10/2010. selepas berbulan-bulan menunggu ain bebas sepenuhnya dari scabies akhirnya disahkan merdeka!!!; tarikh ini Ain selamat disunatkan di klinik warisan, oleh dr.rosaidah dengan bil mencecah RM19 jer...."D

Saturday, November 6, 2010

Allah hu Akbar

Selang sehari selepas hari lahir saya, adik kesayangan saya telah selamat bersalin anak pertama. Bayi yang lahir pra matang itu cuma seberat 1 kg. seminggu jugaklah saya berkampung kat rumah mak saya.

Sampai saat ini, kami sekeluarga masih belum dapat tengok pun babynya. cuma adik dan adik ipar jer yang boleh tengok. ambil gambar pun doktor tak benarkan. Dua hari lepas adik telefon mak sambil nangis-nangis. Ayat belum habis kitorang dah meleleh airmata duk pikir terjadi apa-apa kat baby.

ada khabar kurang baik, jantung baby terhenti 4 kali hari itu. aduh...tergurisnya hati ni. Janganlah terjadi apa-apa kat baby tu. lepas maghrib, baca yassin. mohon doa banyak2 kat Allah moga bayi itu dilindungi. andai terjadi apa-apa, saya doa supaya kedua ibubapanya ditabahkan hati dan dikuatkan semangat sebab masih dalam pantang. Allah maha besar, maha mengetahui dan maha mengasihani.




Labels

about me (1) ac mizal (1) adsense (1) ah kad kar (1) aidid mu'addib (1) ain berdiri (1) ain berjalan (1) ain meniarap (1) aira lahir (2) anak (1) android gingerbread (1) arwah aira (1) birthday (1) blogger (1) buat duit (1) CD (1) cinta (1) demam (1) dim sum (1) doa (1) dosa (1) family (2) foodies (1) google raise (1) halal (1) hari lahir (1) hari raya (1) hospital (1) husband (1) intro (1) JAKIM (1) kamera (1) karma (1) kira-kira (1) kolej tafe (1) myself (1) nuffnang (1) petua keluarga (1) photographer (1) photoshoot (1) pregnancy (1) pro (1) son (1) studio (1) submit ur (1) sunat (1) talkin (1) yang pertama (1)