Sponser saya...

Wednesday, March 14, 2012

anak dara saya dah besar.....

 
 macam tak caya jer..budak ni dah 2 tahun. hehehe...ain memang pandai betul posing depan kamera. rasanya sekarang dia dalam peringkat trouble two's....semua nak buat sendiri. bila tak dapat buat mengamuk jerit2. kesabaran saya yang kekadang setipis kulit bawang...ada sekali saya tepuk mulut dia sebab suka sangat menjerit tepi telinga adik dia sampai naik takut si amin. baju nak pilih sendiri..seluar nak pakai sendiri...haii ahh. sekarang dia ada habit baru nak tidur which is...garu perut lah, garuk kaki lah. adoiii haii nyeee pun.
 
 hehehe...ni latest trend...tido saja dimana yang sempat..kadang2 dia tertido kat lantai kereta...too bad kamera takder...kalau tak siapler jadi bahan. ada sekali, nak pegi ambik iman...saya tengah nak kunci grill dia duk bersandar kat dinding sambil mencangkung...patutler senyap rupanya dah tertidor daaa...

buat ain kalau dah besar baca ni: ibu minta maaf banyak2 kat awak sebab selalu tertinggi suara kat awak masa awak kecik...sebab awak ni mengggggerrrrrrrraaaaaaammmmkan ibu. ada jer benda yang awak buat ibu punya blood go upstairs. awak kecik2 memang terlebih bijak. tu yang awak mop lantai pakai pampers sebab cepat kering....ibu nak marah pun tak sampai hati. bila awak paksa ibu baca buku cerita masa ibu tengah goreng ikan bilis...sampai hangus ikan tu sebab nak elakkan awak dari datang dekat. kadang2 awak sakat abang awak, awak sorok gameboy abang kat dalam bekas beras....haiiyaaa...patutler berat semacam scoop beras tu. ibu sayang awak banyak sangat. moga awak besar nanti jadi anak yang sayang kat ibu ni ha.

Tuesday, February 28, 2012

mood sudah mari....

assalamualaikum. lama dah tak menaip kat blog. nak kata bz tu tak der lah sangat. cuma mood nak menaip tu selalu takde. alhamdulillah, amin dah masuk 2 bulan, ain pun dah pandai cakap sekarang. mulut macam bertih jagung. iman pulak dah jadi anak yang bagusssss...takder nangis2 dah nak g sekolah. tidur lambat macamanapun, bangun pagi mesti senyum jer kalau bangun.
iman dengan kebab skewer. hehehe...gigi susu dah gugur dah

buat masa sekarang ni, saya masih dalam proses nak biasakan diri ber-anak-3. hehehehe. kekadang tu saya terlupa yang ain masih 'baby' lagi sebenarnya...cian dia tak cukup kasih sayang :P. bila termarah dia baru perasan...she's still a baby..n bukan dia faham pun.


kakak ain kat klcc...

dalam sibuk tak sibuk ni, saya tengah belajar menjahit nih. huhuhu..belum apa2 saya dah ada dua mesin jahit. hehehehe. tamau jeles heh. dua2 kakak ipar saya punya. :P. saya nak beli sendiri memang tak terbeli. naik syok plak menjahit ni. memula tu bengkang bengkok ler jahitannya...tapi sekarang dah kembali ke jalan yang lurus ( takderlah lurus sangat pun ) satu mesin jahit singer lama...saya buat tuk jahit2 dari kain tebal. kuat tuh itu mesin. yang delicate2 sikit saya guna mesin jahit LUX 215.

ni ler lux 215, bawah dia ada mesin singer.
walaupun banyak function tak bleh pakai tapi takat jahit zigzag tuk lubang butang tuh..saya dah reti dah. hehehehe. baju ain dah 3 helai rasanya saya buat. seluar ain pun dah dua pasang tapi tak berapa nak cantik ler. main hantam jer. (gambar yang kat atas tu..dress nya saya ler yang buat)

amin dah 2 bulan
 Amin sekarang dah pandai bercakap. hahahaha....tipu lah kan. selalu tersengih sorang2 adalh. sihat budak nih. aritu timbang berat dia 6kg. huahuahuahua..no wonderlah sengal2 belakang ibu. tak kisah ler yang..janji sihat cukup zat :|D


Friday, February 10, 2012

Pantang selesai sudah....what's next?

Alhamdulillah....baby dah selamat keluar dan membesar, pantang pun dah tamat tempoh ( pantang pun jenis yg main langgar jer segala batas bendul yang ada :D). So far keperitan dan trauma bersalin dah berkurang dari masa kesemasa. Syukur sangat pada Allah sebab mempermudahkan hari-hari saya dgn anak-anak saya. Ain dan Iman sangat sayangkan adiknya. Semalam si kecik dah ketawa mengekek sekali (sekali jer...test urat ketawa kut). seronok iman n ain agah adik dia yang tak berapa nak faham tu. yang pasti, lepas pampers tukar baru or habis menyusu, adik diorang ni mesti senyum2 simpul. kalau pandang lama2 kat mata dia pun dia akan senyum kat kita. berat  pun dah bertambah dekat 5kg (berat baby yer...bukan berat saya :P). Saya masih belum dapat nak melayan blogging sebab terasa masa sangat mencemburui saya. hehehehe

nah...introducing. my latest production >>>>>

Amin Zakuan



Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru

Selepas seronok dua ronok berpantang sehari dua di The Zon Klcc ( huahuahua...saja kasi bakar) sempena tahun baru semalam dan sebagai penutup family vacation bagi tahun 2011, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan...saya sayanggggggg giler keluarga besar saya. Nice ending :P

wah wah wah, tetiba cerita pasal pantang...bila saya bersalin? hehehe. dah keluar budaknya

Tarikh kelahiran:19 Disember 2011
Waktu kelahiran: 5.45 pm,
Lokasi kelahiran: hospital ampang,
Berat budak bertuah ni: 3.48kg,
Nama : Amin Zakuan

alhamdulillah, bersalin normal. cuma sekarang baby tengah mild jaundis. cure kat rumah jer guna cahaya matahari ( idakler saya jemur Amin kat tengah panas...letak jer cot baby kat tempat banyak cahaya matahari)
next entry saya story mory k. orang tua2 tak bagi menghadap lama2 komputer ni masa pantang. katanya senang rabun (ikutkan jer lah).

Tahun baru 2012 ni diharapkan dapat memberi sinar harapan dan semangat buat suami dan saya. moga tahun ni kami dkurniakan rezeki dan kesihatan yang terbaik. Buat anak2 saya doakan supaya mereka menjadi anak2 yang cerdas, sihat serta gumbira sepanjang tahun ni. Moga tahun ni mendatangkan seribu rahmat dan didekatkan hati kami di sisi Allah. Azam terbesar tahun ni : Taknak tinggal serta taknak lambat2kan solat. insyaallah...moga dipermudahkan amalan kami. Amin