Sponser saya...

Monday, May 24, 2010

Sunday, May 23, 2010

tok dad yang stylo :D



tajuk n3 yang macam bagus jer kan?
pergi Tanjong Karang jumpa parents punya kawan masa gi umrah hari tu. rumah kecik jer tapi tanah dia punyalah luas...3 ekar tuh. ada kilang kain baru nak develop depan rumah dia. suasana santai jer. tuan rumah yang peramah dan baik serta kawasan yang luas ditambah dengan pakcik pepatung yang giler banyak!!!!kalau gambar2 diatas dibesarkan memang nampak pepatung a.k.a sibu-sibu, kuku mayat, patung-patung dan sewaktu dengannya. personally, suka sangat suasana macam ni. tenang jer walaupun matahari memancar dengan teriknya tapi syukur panas tak terasa sangat. maybe sebab area hijau kut :P.

Friday, May 21, 2010

Fashion No No No for your child

amatlah salah etika berpakaian seperti di atas ya anak2. ni lah jadinya bila iman mengamuk. penatnya nak layan kerenah dia. taknak yang ini, nak yang itu, not this color, nak seluar polis, sikat rambut tak payah, lotion dowan, bedak tak payah. tadaaaa...jadilah dia spesies seperti di atas. ayoyo.puncanya tak lain dan tak bukan, nak mengekor ayah dia jer. sib baik time ni yang kecik dah tido.

mesti ke baju anak2 dipadan2kan? tak boleh pakai style color blind ke? stylo apa. ada tertulis dalam mana2 buku etika berpakaian ke? omak den selalu bising kalau baju anak tak padan :P
sib baik anak bujang ni tak mintak pakai baju perempuan. lagi naya. :P. kalau ler kitorang kat oversea, dah kupakaikan layer2 untuk anak2 ku ini. i love layers so much but too bad kat malaysia ni panas ya amat. kesian lak anak2 aku pakai baju cam style anak2 jepun tapi peluh menitis cam air hujan. heheheh. jangan tak tahu, dah ramai dah aku tengok parents buat camtu kat anak diorang. huhuhu...mak ranggi, bapak rockers, anak japanese style. gulpp..nauzubillah. sian budak tuh.

se'penting' mana ibu2 sama bapa2 diluar sana mahu anak-anak mereka bergaya se'stylo' mungkin? pada aku...ehem memang pentinggggggggg sangat tapi kekadang datang malas kat rumah main matching jer baju ngan seluar lain kaler. hikhikhik bukan ada saper nak tengok :P. kalau anak korang jenis yang memang pentingkan gaya mutu dan keunggulan tak dapek den nak nolong. comelkan anak i?????? ngehehehehe masuk bakul angkat sendiri. :P

Thursday, May 20, 2010

Khasiat peluk isteri


tahukah anda....

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Artikel di cilok dari sini.

Tuesday, May 18, 2010

Pengaruh TV

takde apa nak story mory kat blog. aktiviti harian berjalan macam biasa. cuma kebelakangan ni, iman banyakberusaha menambah vocabnya. ada certain2 words yang memang tergeliat lidah dia menyebut. si abang ni late talker. dah nak masuk 5 tahun dah. communication skill amatlah poor. salah ibu dia juga, takut sangat anak berkawan dengan budak2 yang nakal. terperaplah iman kat rumah bertemankan ibu, ayah, tv, rabbit dan kini adik dia. kalau berkawan pun dengan sepupu2 dia, dengan jiran sebelah rumah tok dad dia. itupun very the jarang sangat.
tv9 memang fav iman. suka sangat nengok el-tigre, wonderpets, dora the explorer (ehehehe...ibu dia join sekaki).

perasan tak, everytime azan kat tv9 ada visual budak2 ambil air sembahyang bertertib? semalam bila azan asar kat tv9, iman terus menderu masuk bilik air. ingatkan nak buang air kecik rupanya ambil air sembahyang. tanya dia "iman buat apa?" dia jawab " nak mayang dengan water". ekekeke tatabahasa dia memang tunggang langgang sikit. so ibu dia betulkan ayat dia balik." owh, iman ambil air sembahyang yer? " . dia angguk jer pastu sambung nengok tv. . boleh leh cari vcd belajar sembahyang untuk budak2. bila ibu ajar taknak lak dia ikut, tv tunjuk boleh pulak dia follow.

so... cautious oh-owh...lepas ni memang kena pantau ler nak kasi dia tengok cerita apa. nampak tak, betapa hebatnya pengaruh tv kat budak2? yang baik di ikut tak pe, buatnya cerita2 yang tak elok tu (cerita omputih peluk2 cium2 tu, wrestling ke, cerita bunuh2 ke, cerita rogol2) uisshhh...seriau ler.

iman dah tau beza dah sikit2...pakaian mana yg sexy dia kata eiiii..malu. so, kalau terjumpa anak akkak tengah jalan pastu cakap eiii...malu kat korang jangan marah pulak. budak tecik tak reti bohong. terima jelah kritikan pedas itu. muahahaha.


sekarang iman tengah galak tengok dvd magic english. beli dah lama tapi on off lah tengoknya. sekarang semenjak ber'adik' ni memang pantang adik bangun pagi jer dia suruh bukak dvd tu. ain pulak dah pandai respon kat abang dia. minta2 dah besar nanti abang akan jaga adik dengan baik dan kasih sayang. amin.

3 budak comel kepenatan jam 9 mlm. gambo en.asben terpaksa di blurkan atas sebab2 tertentu *uhukk. ingat bolehler bergedik santai melayan internet..umphh pukul 9.15 sikecik dah terjaga. pastu si abang pastu baru si ayahnya. :D

Friday, May 14, 2010

Demam


Nak dijadikan cerita, budak comel 2 orang ni ditakdirkan demam together-gether. Dah perasan dah panas badan Ain subuh tadi. ku lap2 kan ajer dulu. tengok air liur dia meleleh-leleh rasanya dia gatal gusi kut. Yang si abang pulak demam sebab apa kurang pasti. Liat betul nak lapkan badan si iman. adik dia ok, gelak2 jer masa lapkan badan. Telefon en.asben bagitau budak-budak ni demam.
takderlah teruk sangat menjaga si kecik masa demam, dia cuma merengek bila panas badan dia naik balik. lepas lap, elok jer main-main. iman pulak terpaksa curi2 lap badan dia. tu pun sanggup dia lap balik pakai tuala kering.
Dalam demam2 iman pun sempat lagi tolong ibu dia lapkan adik. bertuah punya budak, badan sendiri tamau lap.



Ni sebelum sessi lap-mengelap. Abangnya tukang agah. Dia tukang sengih

huh..gambar upsidedown. :P Lepas mengelap, still sengih. kenapa takder gambar dia nangis ek? iyerlah, time dia merengek ibu dia panik nak redakan rengekkan dia tu yang takder gambar masa dia nangis. hehehe

Wednesday, May 12, 2010

Alhamdulillah



Syukur alhamdulillah. Tetamu Allah sudah pulang ke Malaysia. Eventho mak ada batuk2 dan demam2. Semua nampak happy jer. Rombongan seramai lebih kurang 20 orang selamat tiba di KLIA jam 1petang.
Kitorang sampai kat klia dalam pukul 2 . Rombongan keluar pukul 3. Ain menyusu 2 kali dalam tempoh nak tunggu diorang keluar. Terpaksa breastfeed dalam toilet sebab tak pakai nursing blouse pun. Hmm...bilalah ada rezeki nak beli baby wrap ni?
Seronok pula tengok masing2 muka ceria jer muncul kat pintu ketibaan...aduh, teringinnya ke Tanah Suci. Nak cari duit , tak dapat buat haji, buat umrah pun cukup dulu.
Balik rumah, sessi memunggah beg :P. Memang kuidamkan pistachio dengan kurma nabi sesangat.
Nikmatnya deria rasa ku hari ni. Alhamdulillah hehehe. Sebelum balik rumah, bawak bekal sudah pasti. Yang penting air zam-zam ditapau sebotol :P, pistachio tak sampai hati nak tapau banyak2 sebab ramai nanti tetamu nak datang. rezeki tetap ada. bungkus ala-kadar jer.
Terima kasih mak, terima kasih ayah. Kenyang suka ati perut kami :D

Malas nak cerita banyak, tengah sedap makan kurma ngan pistachio ni. Tamau jeles haaaa.

Sunday, May 9, 2010

Knock knock...sapa tu?

Abang aku datang dengan anak buah aku berdua. Aqeef nama dia. muka memang tak lari dari muka papa dia. Memula datang kemain eksen lagi. Masam jer. Aku ngan en.asben pelawa dia pilih mainan dalam kotak santa claus baru ler tersengih sampai ketelinga. itupun dah nak dekat2 balik baru nampak peramah sikit.


pilih, jangan tak pilih


Ni gambar budak montel yang susah nak senyum.





Kiut kan topi Ain ni? yang rerambut tu bukan rambut budak tecik ni tapi memang dah sedia ada kat beanie tu. masa beli online tak perasan lak memang sedia ter'attach'. apa2 jer lah labuuu...janji kiut anak dara i pakai.

Cloth Diaper pertama Ain


CD pertama,kedua dan ketiga ain

Kat ekspo semalam terbeli jugak CD ni. set minky RM30 dengan 2 insert. aku beli 2. yang biasa beli satu set rm28 pun include 2 inserts. Autumnz nama brand dia. Tak sabar2 nak pakaikan kat anak dara aku tapi amoi tu pesan pre wash 3 kali dulu baru boleh pakai. Alaaahhhhh....dah tak sabar dah ni. Balik dari mid valley terus pre wash. sebelum tu kasik briefing kat en.asben kebaikan dan keistimewaan serta cara guna CD ni. Insyaallah...jimat duit kita en.asben weh untuk 3 tahun itu pun kalau dia sanggup belikan lagi 9 set. miahahahah. betul apa.meh buat kira2

Katakan sekeping pampers 50 sen.1 hari pakai 6 keping so: RM3
sebulan RM3 x 30: RM90
setahun RM90 x 12 :RM1080
estimate anak pakai pampers selama 3 tahun: RM 3240!!!!!


Iklan jap: minah ni nama Kikan memang suka menempek kalau orang nak sidai kain kat beranda. Saja nak enterprem.

Saja nak buat kira2 untuk para2 asben yang merokok.

1 hari 1 kotak
1 kotak RM10
1 bulan RM300
1 tahun RM3600
3tahun RM10800

huh..dah boleh pun beli lebih 20 CD,nak renovate rumah pun lepas,simpan utk education anak2 ke tak pun leh beli baju bini ke, baju anak ke, bawak family gi bercuti ke, belikan bini iphone uhuuhuhu. amacam??? betul kan kan kan kan

Saturday, May 8, 2010

Hal kecik

EBM yang rosak

Cerita pendek:
Peti ais terdefrost sendiri. Masuk ni dah 3 kali peti ais buat perangai. Rosak dalam 15oz EBM dua hari lepas. Mencii.Tengah berkira2 nak beli mini fridge second khas utk EBM jer. tu pun kena bincang dulu dengan en.asben yang ensem :D.

*EBM:expressed breast milk

Melangkah setapak

p/s: silerlah abaikan kerusi antik yang macam nak roboh kat belakang tu yerk.

unsangkarable. dah 3 hari ku tengok anak dara aku menggolekkan diri dengan jayanya. hehehe. Sah, Ain dah pandai meniarap sendiri di umur 3 bulan 9 hari . siap buat muka bangga lepas tu. Masa abangnya dulu, umur dekat 4 bulan baru pandai meniarap sendiri. agaknya betul kut kata orang, anak perempuan memang cepat sikit dari yang lelaki. Yang abangnya jadi tukang sorak masa adik dia nak berpusing. bagus, boleh jadi abang yang baik dan supportive.

Akhil Iman sekarang dah ada satu habit. Asal adik dia nangis, dia akan cakap. "adik tamau nangis yer", "nanti kejap yer adik" dan ayat fav dia "taknaklah nangis". Ekspresi muka dia ikut mood. kalau tengah tengok cerita fav dia muka bengang. kalau time dia tengah happy siap pergi cium adik dia lagi nak pujuk lah konon. sometimes even dia dalam toilet pun dia boleh jerit ayat standard dengan lantangnya.

Tapi satu yang merisaukan aku si abang ni suka usik adik dia. Usik in term of dengan muka geramnyer menenyeh muka si adik dan menyondolkan mukadia kat pipi adik dia. Yang kecik plak boleh sengih2 suka. Aku takut satu hari nanti digigitnya adik dia. haru:P Semalam sebelum aku masuk toilet, ain tengah tido, iman tengah selak buku words dia. tak sampai seminit dalam toilet aku dengan ain menjerit. bergegasler mak kluar...masyaallah..ku tengok iman cuba nak dukung adik dia. aduhh..kalauler jatuh anak dara tu kan ker haru. aku kena lebih beware ler lepas ni.

Misi hari ni nak pegi ekspo mom n baby kat mid valley nak usha Cloth diaper. kalau murah leh rembat kalau mahal tunggu gaji ler. tak pun tunggu orang sponser. Aku mula nak menghargai alam sekitar. insyaallah next month disposable diapers free kut.

Thursday, May 6, 2010

N3 pertama


Excited pulak nengok mommy2 blogger blog pasal life masing2. Aku ni baru nak ber CD, baru nak mencari babywearing, baru nak ber 'pumping' :P, baru nak build up blogshop. Pendek kata baru ada kesedaran tentang benda2 ni semua. Masa anak 1st dulu semua nampak tak penting pun (kesian anak ibu yerk..).
Sessi perkenalan yerk...aku ni surirumah sepenuh masa semenjak beranak 2 ni. anak sulong nama Iman dan yang bongsu nama Ain. Hubby, Joe kerja tukang masak separa professional :P hikhikhik. Wife dia, Ina (aku ler tu) memang pemalas nak masak. iyerlah penat jer kawin ngan tukang masak apa barang aku yang kena masak. kuang kuang kuang. Nawaitu aku nak jadi muslimah yang sejati, isteri dan ibu mithali dan anak yang berbudi pekerti.
Aku dengan rasminya berhijab pada tanggal 24 April 2010. Niat nak pakai dari dulu memang ada tapi asyik tertangguh jer ( setan punya kerja ler tu :P) tapi malam tu aku kuatkan hati. Orang tua aku pergi umrah pada 28/4 aritu aku suruh diorang doakan supaya aku menutup aurat selama-lamanya dan doa2 lain . insyaallah.
Nak cerita apa lagi yer? Hmm...life aku biasa2jer. Hidup sederhana. Takder hu ha sana sini dah macam dulu. dah lama insaf :P. Anak pun dah 2. Sekarang tengah concentrate nak uruskan family aku jer.
Sekarang tengah mengusha CD2 di pasaran. Tengok banyak betul blogger buat contest2 ni. Ni pun satu sebab aku buat blog ngehehehe. Harap aku dapat diterima mommy's blogger semua.

Salam perkenalan.