mesti ke baju anak2 dipadan2kan? tak boleh pakai style color blind ke? stylo apa. ada tertulis dalam mana2 buku etika berpakaian ke? omak den selalu bising kalau baju anak tak padan :P
sib baik anak bujang ni tak mintak pakai baju perempuan. lagi naya. :P. kalau ler kitorang kat oversea, dah kupakaikan layer2 untuk anak2 ku ini. i love layers so much but too bad kat malaysia ni panas ya amat. kesian lak anak2 aku pakai baju cam style anak2 jepun tapi peluh menitis cam air hujan. heheheh. jangan tak tahu, dah ramai dah aku tengok parents buat camtu kat anak diorang. huhuhu...mak ranggi, bapak rockers, anak japanese style. gulpp..nauzubillah. sian budak tuh.
se'penting' mana ibu2 sama bapa2 diluar sana mahu anak-anak mereka bergaya se'stylo' mungkin? pada aku...ehem memang pentinggggggggg sangat tapi kekadang datang malas kat rumah main matching jer baju ngan seluar lain kaler. hikhikhik bukan ada saper nak tengok :P. kalau anak korang jenis yang memang pentingkan gaya mutu dan keunggulan tak dapek den nak nolong.

No comments:
Post a Comment