Sponser saya...

Friday, December 16, 2011

dah nak masuk 40 minggu....

assalamualaikum. ya...saya dah masuk 40 minggu dan masih setia berada di rumah. wahhh...anak ibu kali ni suka sangat duduk dalam perut ibu ya. last week dapat braxton hick yang amat kuat semasa dalam perjalanan balik dari lumut (huahuahua...mengada sangat ajak suami pergi...) sempat sampai hospital selayang then disuruh balik rumah dulu sebab baru buka 2 cm. doktor jangka saya bersalin minggu ni sebab semua normal.

yang tak normalnya ialah saya.....hehehehe..dah tak sabar nak peluk budak dalam perut ni. dah terbayang2 anak2 saya cium2 adik diorang ni. moga Allah permudahkan urusan saya dunia akhirat dan diharap dengan kehadiran cahaya mata seorang lagi dapat memeriahkan lagi family kami yang sedia meriah ni. yang paling penting, anak2 saya mampu menjadi muslim dan insan sejati insyaallah.

Iman akan masuk darjah 1 tahun depan. saya harap sangat dengan masuk sekolah ni dia akan buka mata, serta mulut :D walaupun sekarang ni tahap percakapannya bertambah-tambah baik, saya nak dia improooooove dari segi communication skill dan social skill. Ain pulak dah start mengumpul vocab. dia mula bercakap menggunakkan 4 patah perkataan and sometimes lebih. sekarang dah pandai berebut mouse dan joystick dari abang dia. Sian Iman...selalu mengalah. Alhamdulillah, Iman bukan jenis yang pukul adik. gaduh ngan adik dia pun busuk2 lawan mulut jer...takpun rampas barang tu balik.

saya masih disini...menanti si kecik keluar...