Sponser saya...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru

Selepas seronok dua ronok berpantang sehari dua di The Zon Klcc ( huahuahua...saja kasi bakar) sempena tahun baru semalam dan sebagai penutup family vacation bagi tahun 2011, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan...saya sayanggggggg giler keluarga besar saya. Nice ending :P

wah wah wah, tetiba cerita pasal pantang...bila saya bersalin? hehehe. dah keluar budaknya

Tarikh kelahiran:19 Disember 2011
Waktu kelahiran: 5.45 pm,
Lokasi kelahiran: hospital ampang,
Berat budak bertuah ni: 3.48kg,
Nama : Amin Zakuan

alhamdulillah, bersalin normal. cuma sekarang baby tengah mild jaundis. cure kat rumah jer guna cahaya matahari ( idakler saya jemur Amin kat tengah panas...letak jer cot baby kat tempat banyak cahaya matahari)
next entry saya story mory k. orang tua2 tak bagi menghadap lama2 komputer ni masa pantang. katanya senang rabun (ikutkan jer lah).

Tahun baru 2012 ni diharapkan dapat memberi sinar harapan dan semangat buat suami dan saya. moga tahun ni kami dkurniakan rezeki dan kesihatan yang terbaik. Buat anak2 saya doakan supaya mereka menjadi anak2 yang cerdas, sihat serta gumbira sepanjang tahun ni. Moga tahun ni mendatangkan seribu rahmat dan didekatkan hati kami di sisi Allah. Azam terbesar tahun ni : Taknak tinggal serta taknak lambat2kan solat. insyaallah...moga dipermudahkan amalan kami. Amin