Sponser saya...

Wednesday, November 16, 2011

jiran sepakat bawa berkat

bukan suspen sebab apa pun...terbangun pukul 3 pagi sebab dengar suara jiran kat bawah buat bising. intai kut tingkap nampak 2 lelaki sedang cuba nak larikan motor tapi tak sempat sebab jiran2 saya semua bersatu hati sergah beramai2. nak terjun kut tingkap tinggi tu. yang saya nampak dua2 lelaki tu pakai serba hitam, helmet dua2 warna merah. untung jugak dapat jiran yang suka bersantai kat tepi tingkap time ni. kalau penyamun tu tunggu lagi 15 saat sure dah kena belasah beramai2.

alkisah macamana saya leh terblog plak di waktu camni? sebelum tertidur tadi memang tengah guna pc tengah copy pattern baju newborn..terlupa tutup. so, sambung jer lah :D . jiran sepakat bawa berkat. true...no? alhamdulillah committee sini very the strong. chinese ka, melayu ka, indian ka...semua ambik tahu.haih...esok pagi nak suruh incik suami alih kereta kat depan. selalu parking belakang sebab waktu pagi nak hantar iman sekolah kereta tak panas sangat. tapi dah ternampak kejadian ni, takut pulak sebab nak elak panas kereta lak tak tau jadi apa.



Monday, November 14, 2011

apa lagi.....

hari ni buat bedung baby pulak. update ringkas2 jer sebab tak leh nak duduk lama2 depan pc. gambar2 untuk blog , lepas bersalin ler baru tempek. malam ni nak potong siap2 fabrik nak buat cloth diaper utk baby. nak buatnya lepas keluar baby, tapi harus potong sekarang sebab lepas budak dah keluar takder masa nak menghadap pola jahit. terus zassss mesin jahit jer. syok pulak dah reti pegang mesin nih. seumur hidup tak pernah guna mesin jahit, even masa kh time sekolah dulu pun main hantar kat tailor jer projek sarung tangan oven.  :D. barang2 untuk hospital dah kena standby by this week dah. setakat ni begnya masih kosong. hehehe. tambah lagi nak cuti sekolah..program family banyak giler...berderet tapi banyak yang tak dapat dilaksanakan.

ohhhh..lupa nak gebang kat sini. semalam saya dan sepupu2 saya gi makan tony roma's kat pavillion. dah habis licin pinggan baru ingat nak snap gambar. kesimpulan: poket tambah nipis....tapi nafsu tebal worr. lepas saya bersalin kena buat lagi program menipiskan poket dengan sedara2 lagi kali ni gi cari buffet ler pulak...



Thursday, November 10, 2011

Persiapan menyambut baby baru

dalam nak menanti anak ketiga lahir dijangka bulan hadapan, saya tengah ada mood nak menjahit serba sikit kelengkapan baby. semalam shopping kain flanel, mostly warna biru sebab jantina baby masih tidak diketahui. :D. ada juga semeter kain warna pink yang dah di choppp oleh ain. saya jahit benda2 basic yang main jahit lurus jer. sarung bantal, lapik tilam,wet wipe, bedung baby dan maybe tambah sehelai dua  barut baby (yang lama masih ada di rumah makcik saya).

Wednesday, November 9, 2011

32 weeks and counting....

gambar diambil dari page ini


alhamdulillah..kandungan saya sudah berusia 32 minggu dan tersangatlah aktifnya. bulan ni masih belum pergi check up lagi. badan saya naik mendadak seperti yang dijangka di akhir trimester ketiga ni. badan memanglah terasa sangat berat...saya sebenarnya dah tak mampu dah nak berlama2 duduk di atas kerusi mahupun dalam kereta. pinggang boleh rasa nak retak.ketika ni memang kena berjaga2....extra cautious takut2 kalau air ketuban pecah.

teringat lagi masa mengandung iman dan ain, dua-dua kelahiran doktor yang pecahkan air dan dua-dua juga kelahiran awal dari due date. yang abang awal seminggu, yang adik awal 3 minggu. kali ni saya harap biar tak terlalu awal atau lambat. barang baby pun masih belum siap lagi. saya akan berpantang sendirian berhad jer kat rumah sendiri. insyallah..moga dipermudahkan Allah. amin.


*update: doktor bagi tarikh due date baru lagi.....18 dec. haihhhh