Sponser saya...

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Cinta hati beta.....


Makhluk ultraman berdua kat atas ni merupakan cinta hati, pengarang jantung, intan payung, jintan manis, gula melaka, juga rempah ratus saya. Yang kecik tu, pewaris takhta. Yang besar tu, faham-faham ajerlah...hehehe. Gambar ni diambil dalam tahun 2 lepas rasanya. Masa ni baru beli studio light baru. Ultraman-ultraman berdua amat suka sangat bergambar dengan studio light itu. Masa ni Ain belum ada. Pendek kata si abang lah satu-satunya anak yang ada. Tu yang manja dia terlebih-lebih tu.

Sila jangan muntah darah untuk gambar selepas ini
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ahaaaa..jangan bimbang. Makhluk Allah diatas ini bukan sebarang makhluk. Beliau masih cinta hati saya dolu-dolu, kini dan selamanya. Saya sentiasa rindu gila kat dia. Rock Kapak steady babeh. Sekarang masih bermain gitar bersama2 saya. Jangan tak tau saya juga bisa memetik gitar. hehehehe..petik jer lah tahu. lagu apa yang keluar belum sure orang tau. Biarlah apa orang nak kata, cinta kapak lebih bagus dari cinta monyet. (tetiba kluar monyet pulak dalam entri ni apahal?) Semenjak berpindah rumah baru, kami dah tiada masa jamming sesama tambah lagi gitar tinggal satu jer. Rindunya..... ni yang rasa nak bercinta balik dengan encik husband.

...sambungan(tertekan publishlak, sepatutnya saya nak simpan as draft dulu)
saya buat entri ni sebab saya rindu sesangat dengan encik husband yang tersangat sibuk sekarang. jarang sangat dapat masa together-gether dengan dia. selalu ada waktu terluang pun memang spend habis kat anak-anak. kesian wooo tengok yang abang dengan adik muka tersangat riang bila nampak ayah diorang buka pintu. paling kesian kalau anak2 memang tak jumpa langsung ayah diorang untuk sehari suntuk.

buat husband saya yang tersayang, terima kasih sebab berkorban untuk kita sekeluarga. selain cinta saya buat Allah, kasih dan sayang saya tetap pada abang, juga anak-anak kita. nak ucap romantis-romantis kat blog ni takut ada yang demam kus-kus pulak karang.






Sunday, September 19, 2010

Photoshoot Ala-Kadar

Seperti biasa, time raya ni ramai yang angkut satu family pergi studio gambar untuk bergambar raya. bila lagi nak berkumpul adik beradik semua pakai baju cantik-cantik ye tak? Bagi yang kurang mampu, ambik jer pakai kamera sendiri cam kami.

tapi....ada tapi jugak dah pakai kamera sendiri ni..kena banyak-banyak bersabar...dah susun atur satu family ambik masa 10 ke 15 minit almaklumlah, akak ni bukan pro pun. tengah ambik gambar ada je yang datang mengacau, sampai tergoyang2 softbox. tu belum masuk part photographer kena tunggu model2 habis bersiap untuk make up segala bagai. hahahahaha...siap boleh 2 kali makan nasi arab kat dapur dengan susukan ain lagi.

gambar yang diambil pun tak der kebaboom macam kat studio walaupun ambil guna lampu studio. lens pun pakai kitlens jer. prime lens dulu pernah ada tapi dah letgo masa terdesak dulu. ni tengah kumpul azam ni nak topup balik apa yang kurang :D.



kalau cantik projek bergambar raya ni, tahun depan kena charge ler pulak kan. hehehe (padahal baru jer merendah diri tadi cakap gambar tak seberapa ler, bukan pro ler >>>>statement ni kena ingat sampai mati)

paling seronok bergambar raya kali ni semestinya mak2 budak dan budak2 minus myself. memang tak gemar bergambar pun sebab tak cun. yang pasti mak budak yang over the pagar. sib baik akak gak yang ambik gambar. **trivia; tahukah anda kalau anda cakap " nak tangkap gambar" di singapura anda pasti digelakkan sambil terguling2 (acah ajer) oleh masyarakat disana, " ambil gambar" lebih afdal.

malam ni blogspot tak dapat nak upload dari pc direct. terpaksa ambik gambar sementara kat fb hubby.

Labels