Sponser saya...

Wednesday, March 14, 2012

anak dara saya dah besar.....

 
 macam tak caya jer..budak ni dah 2 tahun. hehehe...ain memang pandai betul posing depan kamera. rasanya sekarang dia dalam peringkat trouble two's....semua nak buat sendiri. bila tak dapat buat mengamuk jerit2. kesabaran saya yang kekadang setipis kulit bawang...ada sekali saya tepuk mulut dia sebab suka sangat menjerit tepi telinga adik dia sampai naik takut si amin. baju nak pilih sendiri..seluar nak pakai sendiri...haii ahh. sekarang dia ada habit baru nak tidur which is...garu perut lah, garuk kaki lah. adoiii haii nyeee pun.
 
 hehehe...ni latest trend...tido saja dimana yang sempat..kadang2 dia tertido kat lantai kereta...too bad kamera takder...kalau tak siapler jadi bahan. ada sekali, nak pegi ambik iman...saya tengah nak kunci grill dia duk bersandar kat dinding sambil mencangkung...patutler senyap rupanya dah tertidor daaa...

buat ain kalau dah besar baca ni: ibu minta maaf banyak2 kat awak sebab selalu tertinggi suara kat awak masa awak kecik...sebab awak ni mengggggerrrrrrrraaaaaaammmmkan ibu. ada jer benda yang awak buat ibu punya blood go upstairs. awak kecik2 memang terlebih bijak. tu yang awak mop lantai pakai pampers sebab cepat kering....ibu nak marah pun tak sampai hati. bila awak paksa ibu baca buku cerita masa ibu tengah goreng ikan bilis...sampai hangus ikan tu sebab nak elakkan awak dari datang dekat. kadang2 awak sakat abang awak, awak sorok gameboy abang kat dalam bekas beras....haiiyaaa...patutler berat semacam scoop beras tu. ibu sayang awak banyak sangat. moga awak besar nanti jadi anak yang sayang kat ibu ni ha.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment