Sponser saya...

Friday, November 12, 2010

Buat duit dengan blog

Sesiapa yang terperasan bahawa saya baruuuuuuuu sangat buat satu lagi blog baru under profile id yang sama

dengan url http://talkabouttrend.blogspot.com. Ada sebab kenapa saya buka blog baru tu (blog pun masih sekadar cuba-cuba dengan bahasa omputeh yang grammer berterabur atas lantai.

Semalam masa tengah rajin mengoogle, saya terjumpa cara paling halus sharing profit pada iklan2 atau kaedah c-t-p (click to pay) dalam internet, saya terbaca satu artikel dalam SCRIBD.com alaaa...website yang banyak ebook free untuk dibaca tu.

Ni ringkasan dari apa yang saya baca;

1. Target user harus worldwide.
Kalau tulis blog bahasa kita, agak2 rajinker orang jepun,us, india nak guna translate web?Ok ler kalau nak target pembaca orang kita jer. tapi bayangkan kalau kita guna universal language. lagi ramai tau.

2. Topik harus yang panas, dan meletup. (amboiiii...ayat nak power jer)
Cara termudah nak tahu apa yang orang sibuk search kat pakcik google ialah dengan menggunakan Google trend. cubalah taip kat search. bukak 1st website yang tertera. jeng jeng jeng.

ni saya print screen tadi. cari ler topik2 yang berkaitan. kalau yang buat blog pasal ekonomi mesti dah buat satu topik pasal google raise. pakcik google kan kaya, staff dia dapat bonus plus kenaikan gaji lagi. kalau blog pasal gadget boleh tulis pasal android gingerbread tu. yang lain2 tu...lu pikir lah sendiri. hehehehe

3.  Advertiser...
suscribe ler pada segala advertisement provider yang ada kat doooonia ini. google adsense boleh, Advertlets boleh, nuffnang pun boleh juga.

4. Submit url
dah penat2 buat tu buat ni nak kasi satu dooonia baca, jangan pulak lupa submit url anda kat pak cik google dengan mak cik yahoo takpun mana2 search engine yang anda tahu.

saya cuba2 jer dulu ni. pagi tadi lepas buat perkara seperti diatas. hehehe. dekat statistik saya dah ada 3 pembaca dari US dan 2 dari malaysia ni ha.(ek-e-le , baru 5 orang baca dah kecoh ;p)
ni image copy dari dashboard saya punya stats. gayat kejap. pada blogger yang reader diorang worldwide tu, janganlah pandang saya sebelah mata, saya tahu setakat 5 org pembaca korang boleh dapat 10reader sesaat.. saya baru nak test market.saya blogger baru. belum layak panggil blogger pun.

tu jerlah nak share. kalau ada yang nak tambah or nak tegur2 or kutuk2 jangan segan-segan bgtau saya yer

2 comments:

  1. makwe! good info. aku blog pun ade 2-3, tamak nak membebel mcm x cukup mukasurat.. tp x praktik pon benda2 yg ko cakap bagitau tu.. dah alang2 aku jd penganggur tegar, nak menjinakkan diri jadi blogger tegar jugak la... wheeeeee~~~~~

    ReplyDelete
  2. alah cikseri, saya pun poyo2 jer bukak blog tu nak try n error jer. yang satu ni pun terhegeh2 nakupdate. hehehe

    ReplyDelete