Iman pulak semenjak dah bersekolah ni, skil komunikasi semakin berganda. Ada jer nak cerita itu ini walau kadang2 grammar dia tunggang terbalik. lots of effort dia dah buat. Kata cikgu kat sekolah, dia antara murid tersopan pernah wujud kat sekolah tu. huahuahua.Alhamdulillah, terang hati Iman menerima pelajaran yang diajar cikgu. Satu jer skil baru dia yang memang saya konfirm angin satu badan; suka campak barang2 keluar tingkap. Wallet saya dengan hp saya selamat dah melayang kat bawah. Sib baik ada orang pulangkan ic ngan lesen dalam wallet. Hp saya langsung tak nampak serpihan sikit pun. Kunci rumah saya nasib baik husband saya yang jumpa kat bawah. selepas di jentik, ketuk ketampi dan membuntangkan mata kat Iman saya harap dia tak buat lagi dah. Kalau dia buat juga?....entahlah, banyak2 bersabar jerlah.
Saya pula, semenjak berkali2 di sabotaj si kecik kalau nak menghadap pc saya sudah mempunyai hobi baru yang si kecik malas nak ambik port dah. CROCHET!!!! hehehehe. Sekarang yang si abang pulak selalu mengendeng dekat saya nak tengok. dia hairan macamana benang yang halus tu boleh jadi topi. next time lah cerita pasal hobi baru saya.

No comments:
Post a Comment