Sponser saya...

Monday, August 8, 2011

rezeki datang lagi....

syukur alhamdulillah, akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengarang lagi di blog saya yang segan-segan nak hidup ni. Syukur juga dihari baik dan bulan baik ni saya diberi kesihatan yang lebih baik berbanding bulan-bulan dan hari-hari yang sebelumnya.

saya bakal melahirkan seorang lagi anak yang comel insyaallah hujung tahun ni. hehehehe. sekarang saya masih mengalami mabuk-mabuk yang dah tak berapa teruk dan pitam-pitam yang kadang-kadang datang singgah kalau terlalu kepenatan (padahan penat berehat jer :P)

alhamdulillah, suami saya sedang cuti semester selama dua bulan (pandai cari timing...). saya dengan senang hati diberikan rehat yang kaw-kaw oleh si suami...so, tak yah masak, sidai baju, mop lantai, lipat baju, hantar anak sekolah....huahuahua...heaven betul jadi isteri kesayangan suami (tamau jeles haaaaa). tu pun kadang-kadang saya banyak 'cekadak'. dah bagi betis nak paha...moga dimaafkan oleh cik abang saya.

kandungan saya kali ni pelik sikit. baru nak masuk 5 bulan tapi perut saya dah besar macam dah masuk 6/7 bulan. nak kata saya kuat makan tak juga sebab nasi sesenduk pun termengah-mengah nak habiskan. bulan lepas dah ter'skip' check up. manalah tahu kut-kut ter'kembar' pulak :P. tak kisahlah satu atau dua atau tiga..kami terima seadanya. yang penting anak-anak saya sangat ternanti-nantikan adik yang bakal lahir hujung tahun ni.

 anak dara saya ni terpaksa putus susu di usia 1 tahun 4 bulan selepas dinasihatkan doktor. masa mula-mula dapat morning sickness saya sentiasa pening dan pitam-pitam tambahan lagi selepas menyusukan ain. doktor kata tekanan darah saya terlalu rendah dan kalau diteruskan juga penyusuan dibimbangi saya tak cukup kuat. mula-mula lepas doktor nasihat macamtu saya degil juga cuba menyusu disamping ambil supplement lain. tapi di suatu malam lepas menyusukan ain, saya jatuh dengan ain sebab tiba-tiba kepala saya black out. syukurlah time tu jatuh terlentang...ain jatuh atas saya. macam yang dikata ...saya tak cukup kuat. darah kurang oksigen. sib baik tak dipaksa tahan wad. kalau ingat balik malam saya black out tu..ngeri. sebab rasanya saya ter'gelap' dalam seminit dua jugalah. sib baik suami ada rumah time tu..kalau tak......

ain dah masuk 1 tahun 6 bulan, sekarang dah mula bercakap ayat yang simple-simple. ayah kerja, abang sekolah, nenek tidur......alahai comelnya mulut dia bila nyanyi burung kakak tua. iman sangat sayang adik dia walaupun kadang-kadang kuat menyakat. sooojuuukkk perut saya :D.

so, soalan......kalau dah keluar baby sorang lagi perlukah tukar nama blog ni ya?

Saturday, April 30, 2011

dariMu ia datang, kepadaMu ia kembali.

innalillah dan al-fatihah buat arwah sepupu saya (baru jer buat entry pasal arwah hari tu. kepergiannya amat dirasai kerana arwah seorang yang suka sangat buat lawak, kelakar dan amat disenangi saudara dan rakan.

 kami telah menunggu di icu tengah malam semalam dan tekanan darahnya yang semakin menurun sedikit menyesakkan dada. hati saya terasa sangat2 sayu ketika membaca yassin waktu arwah sedang nazak terlantar di katil.

kami pulang ke rumah lewat malam dan pada jam 6 pagi harinya saya terima panggilan dari adik saya untuk memaklumkan arwah baru menghembuskan nafas terakhir disisi isterinya (yang baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 22 ...29 April ).

30 April 2011 pemergian mohd.rohaiza bin sazali (kenny)


Friday, April 29, 2011

Malang yang berbau....

past few weeks, sepupu saya telah terlibat dalam satu kejadian letupan di Negeri Sembilan dan ia telah mengakibatkan dia melecur 65%. ni baru betul malang yang berbau...bayangkan bau daging manusia yang disalai. Kasihan pengantin baru yang tak sampai sebulan pun lagi ni...syukur alhamdulillah dia punyai seorang isteri yang penyabar dan tenang. moga kalian berdua tetap utuh dan bersatu hati.

kejadian ni sikit sebanyak menyedarkan saya tentang pentingnya semangat kekeluargaan dan insurans :D. macam kes sepupu saya....anak belum ada isterinya pula bekerja. maybe tak terasa sangat. tapi macam saya ni, anak dah dua, saya pulak tak bekerja. kalaulah terjadi apa pada suami...alahai macamanalah nasib kami. ni yang tengah fikir nak buat side income lain ni.

saya ingat nak buat photography seperti yang dirancang awal tahun tapi rezeki saya belum lagi ke situ sebab abang dslr saya ni dah tersangat uzur. gambar pun kejap kelam kejap ok, kejap kabur , kejap gegar, kejap boleh snap kejap tak boleh. tunggu dia berhibernasi di klinik sebulan dua lagi baru nak fikir balik.

hobi crochet yang ada sekarang ni nampak memang berpotensi untuk buat income tapi dengan saya yang masih barrrrruuuuuu sesangat berkecimpung ni tak berani pulak nak ambik order sebab tau kualiti tak seberapa. kalau charge murah2 karang takut bila dah expert orang masih anggap harga saya camtu jer.chehh...perasan dan tanggapan akan datang biar riak sikit :P

terfikir pulak nak belajar menjahit. boleh ler konon2 ambik upah buat baju or tudung. huhuhu ni lagi haru..saya ni tangan keras cam kayu. mesin jahit pun pernah pegang sekali dua seumur hidup. masa KH sekolah dulu pun main hantar kat tailor jer untuk projek sarung tangan tahan panas. uhukk..kantoi.

nak ambik upah jaga budak...alahai..soooo not me. kesian anak orang nanti. besar tanggungjawab nak didik anak orang lain wooo. pikirrrr...pikirrrr....

oh ya. sabtu ni family saya yang besar akan adakan gathering di rumah atuk saya. kewajipan semua anak, cucu, menantu adalah wajib...kecuali husband saya. hehehehe.

Friday, April 22, 2011

membz kan diri...

bookmark yang comel :::::weeehhh perasan giler tuan blog.


benang-benang kait yang entah zaman bila nak pakai. but saya akui nampak warna-warni buat saya lagi semangat nak mengait

topi kait terbaru.

lama betul tak update blog yang tak seberapa nak canggih ni. nak kata bz sangat tu tak jugak. cuma tambah sikit dengan kegilaan mengait yang semakin menjadi semenjak dua menjak ni menjadikan saya seorang yang bz. tangan baru dapat nak selesa dengan jarum kait. syiiioookkk.. tu jer yang dapat dikata hehehe. si ain yang kicikenot saya telah selamat mengeluarkan geraham atas dan bawahnya dan masa menyusu bertambah mengilukan. :D yup, ain masih menyusu badan. alhamdulillah.

ain dah pandai mengusik abang dia. kadang nak marah pun ada, nak gelak pun ada. apa yang penting abang dia sayaaaaang sangat kat adik dia walupun kadang2  abang nampak fed up nak layan ain. Kecik saya dah banyak karenah dah....asyik merajuk jer. tak padan dengan kecik tapi kalau angin kus-kus datang....alahai boleh hilang sabar jugaklah.

alkisah si abang iman yang hensem. alhamdulillah, dah pandai sembahyang. bacaan surah mudah pun dia dah hafal cuma pelat sikit ler. sekarang dia tengah belajar doa iftitah. tapi.....penat betul nak ajar dia membaca . dia tak interested pun. sampai nangis kalau kena buat kerja sekolah bacaan bahasa melayu. ikut perancangan, sampai bulan 6 ni kalau tak improve jugak bacaan dia nak kena hantar tuisyen membaca. :D