Sponser saya...

Monday, August 8, 2011

rezeki datang lagi....

syukur alhamdulillah, akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengarang lagi di blog saya yang segan-segan nak hidup ni. Syukur juga dihari baik dan bulan baik ni saya diberi kesihatan yang lebih baik berbanding bulan-bulan dan hari-hari yang sebelumnya.

saya bakal melahirkan seorang lagi anak yang comel insyaallah hujung tahun ni. hehehehe. sekarang saya masih mengalami mabuk-mabuk yang dah tak berapa teruk dan pitam-pitam yang kadang-kadang datang singgah kalau terlalu kepenatan (padahan penat berehat jer :P)

alhamdulillah, suami saya sedang cuti semester selama dua bulan (pandai cari timing...). saya dengan senang hati diberikan rehat yang kaw-kaw oleh si suami...so, tak yah masak, sidai baju, mop lantai, lipat baju, hantar anak sekolah....huahuahua...heaven betul jadi isteri kesayangan suami (tamau jeles haaaaa). tu pun kadang-kadang saya banyak 'cekadak'. dah bagi betis nak paha...moga dimaafkan oleh cik abang saya.

kandungan saya kali ni pelik sikit. baru nak masuk 5 bulan tapi perut saya dah besar macam dah masuk 6/7 bulan. nak kata saya kuat makan tak juga sebab nasi sesenduk pun termengah-mengah nak habiskan. bulan lepas dah ter'skip' check up. manalah tahu kut-kut ter'kembar' pulak :P. tak kisahlah satu atau dua atau tiga..kami terima seadanya. yang penting anak-anak saya sangat ternanti-nantikan adik yang bakal lahir hujung tahun ni.

 anak dara saya ni terpaksa putus susu di usia 1 tahun 4 bulan selepas dinasihatkan doktor. masa mula-mula dapat morning sickness saya sentiasa pening dan pitam-pitam tambahan lagi selepas menyusukan ain. doktor kata tekanan darah saya terlalu rendah dan kalau diteruskan juga penyusuan dibimbangi saya tak cukup kuat. mula-mula lepas doktor nasihat macamtu saya degil juga cuba menyusu disamping ambil supplement lain. tapi di suatu malam lepas menyusukan ain, saya jatuh dengan ain sebab tiba-tiba kepala saya black out. syukurlah time tu jatuh terlentang...ain jatuh atas saya. macam yang dikata ...saya tak cukup kuat. darah kurang oksigen. sib baik tak dipaksa tahan wad. kalau ingat balik malam saya black out tu..ngeri. sebab rasanya saya ter'gelap' dalam seminit dua jugalah. sib baik suami ada rumah time tu..kalau tak......

ain dah masuk 1 tahun 6 bulan, sekarang dah mula bercakap ayat yang simple-simple. ayah kerja, abang sekolah, nenek tidur......alahai comelnya mulut dia bila nyanyi burung kakak tua. iman sangat sayang adik dia walaupun kadang-kadang kuat menyakat. sooojuuukkk perut saya :D.

so, soalan......kalau dah keluar baby sorang lagi perlukah tukar nama blog ni ya?

No comments:

Post a Comment