Sponser saya...

Friday, April 29, 2011

Malang yang berbau....

past few weeks, sepupu saya telah terlibat dalam satu kejadian letupan di Negeri Sembilan dan ia telah mengakibatkan dia melecur 65%. ni baru betul malang yang berbau...bayangkan bau daging manusia yang disalai. Kasihan pengantin baru yang tak sampai sebulan pun lagi ni...syukur alhamdulillah dia punyai seorang isteri yang penyabar dan tenang. moga kalian berdua tetap utuh dan bersatu hati.

kejadian ni sikit sebanyak menyedarkan saya tentang pentingnya semangat kekeluargaan dan insurans :D. macam kes sepupu saya....anak belum ada isterinya pula bekerja. maybe tak terasa sangat. tapi macam saya ni, anak dah dua, saya pulak tak bekerja. kalaulah terjadi apa pada suami...alahai macamanalah nasib kami. ni yang tengah fikir nak buat side income lain ni.

saya ingat nak buat photography seperti yang dirancang awal tahun tapi rezeki saya belum lagi ke situ sebab abang dslr saya ni dah tersangat uzur. gambar pun kejap kelam kejap ok, kejap kabur , kejap gegar, kejap boleh snap kejap tak boleh. tunggu dia berhibernasi di klinik sebulan dua lagi baru nak fikir balik.

hobi crochet yang ada sekarang ni nampak memang berpotensi untuk buat income tapi dengan saya yang masih barrrrruuuuuu sesangat berkecimpung ni tak berani pulak nak ambik order sebab tau kualiti tak seberapa. kalau charge murah2 karang takut bila dah expert orang masih anggap harga saya camtu jer.chehh...perasan dan tanggapan akan datang biar riak sikit :P

terfikir pulak nak belajar menjahit. boleh ler konon2 ambik upah buat baju or tudung. huhuhu ni lagi haru..saya ni tangan keras cam kayu. mesin jahit pun pernah pegang sekali dua seumur hidup. masa KH sekolah dulu pun main hantar kat tailor jer untuk projek sarung tangan tahan panas. uhukk..kantoi.

nak ambik upah jaga budak...alahai..soooo not me. kesian anak orang nanti. besar tanggungjawab nak didik anak orang lain wooo. pikirrrr...pikirrrr....

oh ya. sabtu ni family saya yang besar akan adakan gathering di rumah atuk saya. kewajipan semua anak, cucu, menantu adalah wajib...kecuali husband saya. hehehehe.

No comments:

Post a Comment