Sponser saya...

Friday, April 29, 2011

Malang yang berbau....

past few weeks, sepupu saya telah terlibat dalam satu kejadian letupan di Negeri Sembilan dan ia telah mengakibatkan dia melecur 65%. ni baru betul malang yang berbau...bayangkan bau daging manusia yang disalai. Kasihan pengantin baru yang tak sampai sebulan pun lagi ni...syukur alhamdulillah dia punyai seorang isteri yang penyabar dan tenang. moga kalian berdua tetap utuh dan bersatu hati.

kejadian ni sikit sebanyak menyedarkan saya tentang pentingnya semangat kekeluargaan dan insurans :D. macam kes sepupu saya....anak belum ada isterinya pula bekerja. maybe tak terasa sangat. tapi macam saya ni, anak dah dua, saya pulak tak bekerja. kalaulah terjadi apa pada suami...alahai macamanalah nasib kami. ni yang tengah fikir nak buat side income lain ni.

saya ingat nak buat photography seperti yang dirancang awal tahun tapi rezeki saya belum lagi ke situ sebab abang dslr saya ni dah tersangat uzur. gambar pun kejap kelam kejap ok, kejap kabur , kejap gegar, kejap boleh snap kejap tak boleh. tunggu dia berhibernasi di klinik sebulan dua lagi baru nak fikir balik.

hobi crochet yang ada sekarang ni nampak memang berpotensi untuk buat income tapi dengan saya yang masih barrrrruuuuuu sesangat berkecimpung ni tak berani pulak nak ambik order sebab tau kualiti tak seberapa. kalau charge murah2 karang takut bila dah expert orang masih anggap harga saya camtu jer.chehh...perasan dan tanggapan akan datang biar riak sikit :P

terfikir pulak nak belajar menjahit. boleh ler konon2 ambik upah buat baju or tudung. huhuhu ni lagi haru..saya ni tangan keras cam kayu. mesin jahit pun pernah pegang sekali dua seumur hidup. masa KH sekolah dulu pun main hantar kat tailor jer untuk projek sarung tangan tahan panas. uhukk..kantoi.

nak ambik upah jaga budak...alahai..soooo not me. kesian anak orang nanti. besar tanggungjawab nak didik anak orang lain wooo. pikirrrr...pikirrrr....

oh ya. sabtu ni family saya yang besar akan adakan gathering di rumah atuk saya. kewajipan semua anak, cucu, menantu adalah wajib...kecuali husband saya. hehehehe.

Friday, April 22, 2011

membz kan diri...

bookmark yang comel :::::weeehhh perasan giler tuan blog.


benang-benang kait yang entah zaman bila nak pakai. but saya akui nampak warna-warni buat saya lagi semangat nak mengait

topi kait terbaru.

lama betul tak update blog yang tak seberapa nak canggih ni. nak kata bz sangat tu tak jugak. cuma tambah sikit dengan kegilaan mengait yang semakin menjadi semenjak dua menjak ni menjadikan saya seorang yang bz. tangan baru dapat nak selesa dengan jarum kait. syiiioookkk.. tu jer yang dapat dikata hehehe. si ain yang kicikenot saya telah selamat mengeluarkan geraham atas dan bawahnya dan masa menyusu bertambah mengilukan. :D yup, ain masih menyusu badan. alhamdulillah.

ain dah pandai mengusik abang dia. kadang nak marah pun ada, nak gelak pun ada. apa yang penting abang dia sayaaaaang sangat kat adik dia walupun kadang2  abang nampak fed up nak layan ain. Kecik saya dah banyak karenah dah....asyik merajuk jer. tak padan dengan kecik tapi kalau angin kus-kus datang....alahai boleh hilang sabar jugaklah.

alkisah si abang iman yang hensem. alhamdulillah, dah pandai sembahyang. bacaan surah mudah pun dia dah hafal cuma pelat sikit ler. sekarang dia tengah belajar doa iftitah. tapi.....penat betul nak ajar dia membaca . dia tak interested pun. sampai nangis kalau kena buat kerja sekolah bacaan bahasa melayu. ikut perancangan, sampai bulan 6 ni kalau tak improve jugak bacaan dia nak kena hantar tuisyen membaca. :D

Monday, March 28, 2011

Aqiqah

saya dan suami serta sepupu saya berniat untuk mengerjakan aqiqah untuk anak masing2 awal tahun hadapan. mohon pada Allah agar rezeki kami murah hari-hari mendatang ni. Lembu sekarang bukannya murah, harga seekor dah masuk 2k. Saya ambil 3 bahagian, 1 untuk Ain dan 2 untuk Iman. Lagi 4 bahagian tu sepupu saya punya. Planning nanti lepas buat aqiqah,bahagian anak2 saya nak masak pastu nak hantar kat rumah2  fakir miskin (tapi...kat area keramat ni dah banyak orang kaya raya). hehehe. sekarang saya sedang menyervey (uhhhh...kat kamus pun belum ada ayat ni :P) rumah2 anak yatim kat area pendalaman pinggir KL. jauh2 karang takut lauk dah sejuk bila sampai. So, kalau ada sesiapa yang ada cadangan or lagi bagus kenal dengan mereka2 yang menguruskan rumah2 sepertinya harap inform saya yer. Saya dah cuba tanya thru email kat baitulmal tapi sampai la ni belum ada feedback.Terfikir juga nak hantar kat golongan gelandangan kat ibukota tapi tak cukup kaki tangan.

* Banyak betul orang yang organize program aqiqah kat kemboja ( or 1 organizer but banyak ejen saya pun tak pasti )..insyaallah, ada rezeki lain saya ambil bahagian.

Saturday, March 26, 2011

Duit jatuh ketika saya bersujud.

Al-kisah....pagi semalam saya terlajak tidur. sedar-sedar buka mata jam dah nak masuk pukul 8 am. Bergegas bangun nak pegi qada' subuh. Memandangkan si kecik Ain dah bangun, saya letak dia sebelah sejadah. Ketika saya sedang bersujud di rakaat terakhir kepala saya bagai dihempas sesuatu yang lembut. Ketika duduk tahiyat akhir, berderau darah saya tengok berlonggok wang kertas RM50 berselerak depan saya. Saya istigfar dalam hati (mau tak istighfar, tengah nak khusyuk solat datang dugaan dunia.). Selesai bagi salam saya pusing belakang saya dan tergelak sendiri. Rupanya si Ain memunggah sampul duit neneknya. Pastu diselerakkan kat atas sejadah saya. (Kesian duit pencen orang tua saya). Saya gelak lagi sebab dalam terkejar2 nak sembahyang, saya boleh terlupa pulak saya kat rumah orangtua saya. sah-sah bukan duit untuk saya. Kalau kat rumah sendiri mau buat kenduri. Gelak saya masih bersisa hingga ke pagi ni. :D