Sponser saya...

Friday, October 1, 2010

Hukum Karma

What comes around, goes around. Ever heard? Saya percaya pada hukum karma. tuhan bayar cash jer kat dunia ni. hari ni kau buat orang, esok-esok orang pulak buat kat kau.
tapi ada juga makhluk Allah yang tak dapat terima kenyataan. masih denied kesilapan-kesilapan lalu yang pernah di tuba kat orang lain.

Apalah yang susah sangat nak mengaku yang kau pun pernah buat salah dulu, pernah aniaya orang, pernah menyusahkan hidup orang. sekarang kau dah susah yang kau cari sendiri habis kau jaja cerita sedih kau kat orang lain. Tuhan baru bayar downpayment jer tu. Balance dia bayar ansuran. Tu pun kalau tak sedar-sedar diri juga.

Allah sayang hambaNya yang pemaaf. Biar sebesar mana, biar sekecil mana. What comes around, goes around. Tak payah nak doa yang mendatangkan dosa. Buat penat air liur plus tambah dosa. Syaitan dalam hati bersorak seronok.

Maaf, note kali ni amat mencabar kesabaran saya yang setipis bawang. ringkas dan tersirat, tersurat, terselirat dan segala2 yang lain. Saya juga insan biasa pernah berbuat silap dan dosa. Orang lain pun pernah berbuat silap dan dosa pada saya. Tapi,saya maafkan sahaja (dulu masa darah muda menggelegak saya pun pernah doa bukan-bukan). Bukan susah sangat. Tak payah tunggu orang datang melutut minta maaf, tak perlu ego, tak perlu jatuhkan airmuka nya.

Maaf buat sesiapa yang terasa, tapi saya tujukan nota ni untuk diri sendiri khasnya. Biar saya ingatkan diri sendiri, manalah tahu saya pun akan ter'doa' yang bukan-bukan pada orang lain.

"Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya"
Amin.


2 comments:

  1. kak...kdg2 manusia ni penuh dgn hasad dengki. kesenangan tu kdg2 ujian Allah. kesusahan pn ujian Allah. Fara pnh jumpa manusia yg penuh hasad dengki, tapi fara buat bodo jer. malas nk layan. Yang penting kita maafkan dia. Hati pn tenang ;)

    Erkkk...sori klu lari tajuk.

    ReplyDelete
  2. syukur sangat sekarang saya lebih tenang dari zaman muda-muda dulu ( ni statement mengaku dah tua ni :D). Usia mematangkan kita, tapi kadang2 yang mana terlebih banyak songeh terasa nak sekeh pun ada. hehehe

    ReplyDelete