Sponser saya...

Wednesday, October 13, 2010

Abang 'jaga' adik.

















Tragedi oktober betul hari sabtu hari tu. Saya biarkan Iman dengan Ain main toys kat atas lantai. disebabkan saya confident Ain takkan terjatuh tambah pula Iman ada main sama-sama dengan adik dia, saya tinggalkan sekejap sebab nak angkat baju kotor dalam bilik air masuk mesin basuh. tak sampai beberapa saat dengar bunyi bedebuk diikuti dengan tangisan serta raungan ala-ala kena dera.

Adoooooiiii...nak pitam rasanya tengok si abang dekat atas katil, kaki adik tersidai kat frame katil, kepala adik dah kat lantai kiranya adik dia upside down ler. Tengok keadaan macam tu rasanya saya tau apa yang terjadi. abang angkat adik naik atas katil lepas tu tertolak adik. saya tahu sebenarnya iman nak main kejar-kejar dengan adik dia atas katil sebab takut adik dia terjatuh kat atas simen ( ikut logik dia, kalau jatuh atas tilam tak sakit) but unsangkarable adik dia boleh terbabas kat sipi katil.

Entah macamana spontan tangan ni melibas kaki abang dia (ehem.. kena pukuller tu). Adus bila fikir balik, terasa bersalah sangat kat Iman. Tahu dia tak sengaja, tapi time tu panik sangat tengok kepala adik dah benjol dan adik meraung-raung kesakitan. Last-last lepas kekagetan itu dah reda kitorang tiga beranak menangis sama-sama. Iman-menangis sebab kena pukul, Ain- menangis sebab jatuh, saya- menangis sebab pukul Iman. Terasa berdosa sangat kat anak-anak. Walaupun tragedi tu berlaku dah 4 hari lepas, time menaip ni pun terasa hiba jer hati. aduhh...unclever mother betullah saya ni. Mana hilang sifat-sifat sabar saya waktu tu? Masyaallah, astaghfirullah. Kerana kelalaian saya sendiri saya salahkan Iman. Adakah patut? tak patut betul.

"Iman, Ibu minta maaf sangat-sangat. Jangan simpan dalam hati yer. Ibu tahu Iman nak main dengan adik, ibu tahu iman sayang adik, ibu tahu iman jaga adik". Teringat-ingat muka Iman kena pukul haritu, rasa bersalah masih menghantui saya.

Ya Allah, aku memohon padamu agar dapatku mendidik anak-anakku dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran. Amin













2 comments:

  1. sian iman kena marah . kdg2 fara pn mcm tu bila tgh marah tu terlupa, cepat je tgn ni. lepas tu br nk menyesal. hermm

    ReplyDelete
  2. sebab tu orang selalu kata sayang anak tangan-tangankan ye tak? tapi kalau budak tu tak faham kenapa dia kena tangan dgn ibu dia...kesian sangat

    ReplyDelete