Sponser saya...

Wednesday, September 7, 2011

Jerebu oh jerebu

saya tak tahulah orang lain macamana, tetapi jerebu kat sini buat saya asyik terbersin, terbatuk, pening-pening kepala dan rasa sakit tekak. kalau boleh nak duduk bersantai dalam bilik air jer. badan sentiasa rasa melekit tak selesa sebab baerpeluh. kipas dah pusing tahap heli tv3 pun masih tak terasa angin. pasan doktor, banyakkan minum air. fuhhh...bergelen dah minum. sesekali terasa nafas sesak. adeh. bilalah nak habis jerebu nih.  baby dalam perut ni pun dah tak reti nak duduk diam-diam. badan pulak asyik sakit-sakit belakang jer semenjak dua menjak ni. saya risaukan anak-anak bila cuaca jadi camni. nak bawa keluar pun takut.

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri yang sayu.....

Salam Aidilfitri buat semua. Hari terakhir Ramadhan disudahi dengan pemergian abang kepada suami saya. Arwah merupakan seorang yang amat disenangi dan disayangi. Banyak sudah jasa dan budi arwah buat kami sekeluarga. Aidilfitri kali ini terasa amat-amat kekurangan tambahan lagi tanpa kehadiran arwah. Tiada ketupat rendang di pagi Syawal sedikit menyenakkan sanubari.

 Pagi hari yang sama itu pula satu family(kecuali kami yangbelum sampai) berkampung di hospital setelah arwah dikejarkan dengan ambulan akibat sesak nafas. Jadi, dalam keadaan ribut kelam kabut, siapa yang teringat ketupat rendang ye tak. kami bertolak dari KL pukul 5 pagi dan tiba pukul 8 pagi. setelah dikhabarkan kesihatan arwah sudah stabil, kami standby di rumah untuk menanti tiba waktu lawatan jam 12 30 tghari. panggilan diterima dari hospital pukul 10 30pagi buatkan kami bergegas ke hospital... setelah melihatkan Ain dah mula meragam sebab mengantuk, suami hantar saya pulang kerumah dahulu. tak lama setelah sampai rumah, terima lagi satu panggilan dari hospital. suami saya kembali bergegas ke hospital. Tapi ketibaan suami saya disana disambut dengan berita sedih. Arwah sudah menghembuskan nafas terakhirnya ketika suami saya dalam perjalanan ke sana. Innalillah...

Malam terakhir ramadhan kami sekeluarga disudahi dengan menghadiri tahlil arwah di kediaman isteri arwah di Batu Pahat sesudah pengkebumian arwah. Balik ke rumah jam dah nak masuk tengah malam. badan masing-masing dah penat, letih, mengantuk. esok pagi dah nak raya, baju melayu Iman tak sempat nak beli, lauk raya tak sempat nak masak. kasihan ketua tukang masak rumah yang hilang mood nak raya. kasihan lagi buat suami  saya yang tak ceria langsung muka dia.  Buat suami tercinta, saya janji akan sentiasa menyayangi, menjaga serta berada disamping beliau hingga akhir hayat. tak sanggup nak bayangkan hari-hari saya tanpanya.

Friday, August 12, 2011

ekonomi zaman sekarang...alahai

di zaman ekonomi yang serba tak kena ni. duit RM50 dalam tangan rasa macam 5 hinggit jer. Yang mana ada anak kecil tu lagilah terasa tambahan lagi kalau anak2 dah pandai meminta itu ini.

dulu masa anak pertama lahir saya yang tak berapa nak bijak ni beli bedak brand 'tooot' yang sah-sah tulis pure cornstarch kat label dia. ingatkan memang khas untuk baby, dah lama sikit (lama tak lama ..lepas anak kedua dah masuk umur setahun) baru ada kawan dari alam maya kata cornstarch is a cornstarch. maknanya saya boleh beli jer kat kedai kak kiah yang harga singgit lebih satu bungkus daripada beli bedak cornstarch cap 'toot' yang jejak 5 hinggit sebotol kecil. huhuhuhu.

saya seboleh-bolehnya cuba elakkan dari makan fastfood walaupun kadang2 memang teringin sangat. rugi worrr....dari beli fast food yg jejak 10 hinggit sorang makan, baik beli sepaket burger ramly kat supermarket masak kat rumah...makan ramai-ramai. tapi itupun saya 'cuba' elakkan sebab saya tak tahan bau minyak goreng kat rumah. hishh...apa pun tak boleh.

sekarang ni, saya dan suami amat berhati-hati bila berbelanja. sekarang bukan macam dulu, main sumbat jer semua dalam troli. sekarang nak beli apa pun siap compare dari satu brand ke brand yang lain. kadang-kadang beza harga sampai lebih seringgit tapi rasanya sama jer. duuhhhh. kadang-kadang suka usha troli yang ada barang 'capik' sikit kat tesco. ok jugaklah, ada rezeki kadang-kadang sabun basuh baju yang kotaknya terkemek sikit tu harga dia murah 25%.  haritu pergi tesco time dekat closing, suami saya pergi beratur kat kaunter roti sebab nak beli roti fresh manyaaaaak murahh woooor. satu bungkus seringgit, dalam tu ada 3 ke empat roti. sadly...kaum cina paling ramai tunggu. kalau nasib baik, kaunter ikan lelong kepala ikan berbagai jenis harga nya juga RM1 sekeping. gilosss mana nak dapat kepala ikan rm1 sekeping kat luar. makan kat kedai mamak pun diorang bantai as sampai 15 hinggit untuk kepala ikan masak kari.

duduk malaysia ni kena pandai cari peluang teruskan hidup seikhlas boleh sebab negara kita ni kaya dengan peluang. saya bersyukur sangat jadi orang malaysia dan bukan orang london, jepun, us, palestin apatah lagi somalia. sedihkan tengok anak-anak kecil kat somalia yang tinggal kulit jer. Insafnya....

Monday, August 8, 2011

rezeki datang lagi....

syukur alhamdulillah, akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengarang lagi di blog saya yang segan-segan nak hidup ni. Syukur juga dihari baik dan bulan baik ni saya diberi kesihatan yang lebih baik berbanding bulan-bulan dan hari-hari yang sebelumnya.

saya bakal melahirkan seorang lagi anak yang comel insyaallah hujung tahun ni. hehehehe. sekarang saya masih mengalami mabuk-mabuk yang dah tak berapa teruk dan pitam-pitam yang kadang-kadang datang singgah kalau terlalu kepenatan (padahan penat berehat jer :P)

alhamdulillah, suami saya sedang cuti semester selama dua bulan (pandai cari timing...). saya dengan senang hati diberikan rehat yang kaw-kaw oleh si suami...so, tak yah masak, sidai baju, mop lantai, lipat baju, hantar anak sekolah....huahuahua...heaven betul jadi isteri kesayangan suami (tamau jeles haaaaa). tu pun kadang-kadang saya banyak 'cekadak'. dah bagi betis nak paha...moga dimaafkan oleh cik abang saya.

kandungan saya kali ni pelik sikit. baru nak masuk 5 bulan tapi perut saya dah besar macam dah masuk 6/7 bulan. nak kata saya kuat makan tak juga sebab nasi sesenduk pun termengah-mengah nak habiskan. bulan lepas dah ter'skip' check up. manalah tahu kut-kut ter'kembar' pulak :P. tak kisahlah satu atau dua atau tiga..kami terima seadanya. yang penting anak-anak saya sangat ternanti-nantikan adik yang bakal lahir hujung tahun ni.

 anak dara saya ni terpaksa putus susu di usia 1 tahun 4 bulan selepas dinasihatkan doktor. masa mula-mula dapat morning sickness saya sentiasa pening dan pitam-pitam tambahan lagi selepas menyusukan ain. doktor kata tekanan darah saya terlalu rendah dan kalau diteruskan juga penyusuan dibimbangi saya tak cukup kuat. mula-mula lepas doktor nasihat macamtu saya degil juga cuba menyusu disamping ambil supplement lain. tapi di suatu malam lepas menyusukan ain, saya jatuh dengan ain sebab tiba-tiba kepala saya black out. syukurlah time tu jatuh terlentang...ain jatuh atas saya. macam yang dikata ...saya tak cukup kuat. darah kurang oksigen. sib baik tak dipaksa tahan wad. kalau ingat balik malam saya black out tu..ngeri. sebab rasanya saya ter'gelap' dalam seminit dua jugalah. sib baik suami ada rumah time tu..kalau tak......

ain dah masuk 1 tahun 6 bulan, sekarang dah mula bercakap ayat yang simple-simple. ayah kerja, abang sekolah, nenek tidur......alahai comelnya mulut dia bila nyanyi burung kakak tua. iman sangat sayang adik dia walaupun kadang-kadang kuat menyakat. sooojuuukkk perut saya :D.

so, soalan......kalau dah keluar baby sorang lagi perlukah tukar nama blog ni ya?