Al-kisah....pagi semalam saya terlajak tidur. sedar-sedar buka mata jam dah nak masuk pukul 8 am. Bergegas bangun nak pegi qada' subuh. Memandangkan si kecik Ain dah bangun, saya letak dia sebelah sejadah. Ketika saya sedang bersujud di rakaat terakhir kepala saya bagai dihempas sesuatu yang lembut. Ketika duduk tahiyat akhir, berderau darah saya tengok berlonggok wang kertas RM50 berselerak depan saya. Saya istigfar dalam hati (mau tak istighfar, tengah nak khusyuk solat datang dugaan dunia.). Selesai bagi salam saya pusing belakang saya dan tergelak sendiri. Rupanya si Ain memunggah sampul duit neneknya. Pastu diselerakkan kat atas sejadah saya. (Kesian duit pencen orang tua saya). Saya gelak lagi sebab dalam terkejar2 nak sembahyang, saya boleh terlupa pulak saya kat rumah orangtua saya. sah-sah bukan duit untuk saya. Kalau kat rumah sendiri mau buat kenduri. Gelak saya masih bersisa hingga ke pagi ni. :D
Sponser saya...
Saturday, March 26, 2011
Tuesday, March 22, 2011
Hasil kerja tangan saya (pic)
fuhh..letih betul nak upload gambar. 1 gambar makan masa 10 minit. ni pun pakai sd card lama. kamera saya semenjak dua menjak bila kata nak beli lain merajuk tak hingat punya. banyak gambar latest tak leh nak upload kat pc. penat dah membebel kat dia, dia buat dono jer. ----xxxxx----
seronoknya bila tengok benang yang panjangnya bermeter2 tu akhirnya menjadi topi untuk anak2. sebab saya baru belajar crochet ni hasilnya takderlah nampak mcm kat kedai. senget benget. takpa2, pelahan2 kayuh. nanti lagi 2 ke 3 tahun leh bukak kodai. huhuhuhu.
sekarang tengah buat projek handbag lak. mau makan masa berminggu2. tunggguuuuuuuu

Friday, March 18, 2011
Aisayman labu....camana leh terlupa????
Lupa pulak nak tempek gambar Ain time birthday yang pertama dia. Celebrate ala kadar, anak beranak makan kek kat rumah jer. Eh, sebenarnya dia sorang jer yang kerjakan kek tu time fotografi. bila abang dia balik sekolah dapatlah merasa saki bakinya. :D. Nota kaki: alahai...bilalah rambut awal nak panjang kicikenot oii..
Thursday, March 17, 2011
Crochet
as promised, nak ceritalah sikit camana saya leh tergila2kan crochet (sebutan krusye) semenjak dua menjak ni. Al kisahhhhh....taibbbb.
saya asalnya tengah survey kat internet nak belikan Ain topi dengan sweater kait. kiut jer tengok anak orang lain pakai. tengah2 survey, yg iman pun nak mintak satu gak untuk dia. survey punya survey punya survey adalah terjumpa satu blog mengajar cara2 nak buat. hehehehe...fikir2 balik, satu topi dah RM35 kalau beli kat luar. Kalau nak beli 2 dah RM70. nak dijadikan cerita saya pun konon2 berazam nak buat topi sendiri. pergilah cari benang kait yang murah2 harga rm1.80 segulung, saya beli 2. dengan azam yang penuh di dada (cheeewaaah) akhirnya siap ler topi tu tapi kecik sikit. takpe2 saya akur dengan ketidakpandaian saya. saya cuba buat dan buat lagi. hasilnya...saya dah buat 1 kopiah untuk Iman. 2 topi untuk Ain dan 1 topi untuk anak buah saya. sekarang tengah proses buat topi hencem untuk abang iman.sekarang kat rumah saya ada beribu-ribu-ribu gulung benang pelbagai kaler(acah jer, baru ada 2 dozen). husband saya geleng kepala tengah wife dia tengah gila benang. dia kata, dia nak tengok berapa lama saya tahan dengan hobi baru ni. wahh...tercabar akak tau. takper. lepas topi iman siap, nak buat handbag gojes.
buat sementara ni, gambar saya tempek kemudian hari lah yer. kamera saya yang uzur ni tak nak bagi transfer gambar ke pc.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
about me
(1)
ac mizal
(1)
adsense
(1)
ah kad kar
(1)
aidid mu'addib
(1)
ain berdiri
(1)
ain berjalan
(1)
ain meniarap
(1)
aira lahir
(2)
anak
(1)
android gingerbread
(1)
arwah aira
(1)
birthday
(1)
blogger
(1)
buat duit
(1)
CD
(1)
cinta
(1)
demam
(1)
dim sum
(1)
doa
(1)
dosa
(1)
family
(2)
foodies
(1)
google raise
(1)
halal
(1)
hari lahir
(1)
hari raya
(1)
hospital
(1)
husband
(1)
intro
(1)
JAKIM
(1)
kamera
(1)
karma
(1)
kira-kira
(1)
kolej tafe
(1)
myself
(1)
nuffnang
(1)
petua keluarga
(1)
photographer
(1)
photoshoot
(1)
pregnancy
(1)
pro
(1)
son
(1)
studio
(1)
submit ur
(1)
sunat
(1)
talkin
(1)
yang pertama
(1)