Sponser saya...

Tuesday, September 21, 2010

Karpet dan hama-hamanya...

Saya sebenarnya paling benci plus tak suka langsung karpet ni. memang dari zaman kecik2 dulu memang camtu. selalu kena tegur dengan arwah nenek suruh duduk atas karpet jangan duduk atas simen. Tapi bila dah besar gajah (amek kau) macam dah biasa berkarpet2 ni walaupun sekali sekala bila teringat hama2 kat karpet tu buat saya geli geleman nak duduk or nak letak anak2 kat atas karpet.
tapi hakikatnya sekarang, rumah saya ni fully carpet (eceh tetiba speaking london). Nak pasang tikar getah, tak terbeli-beli lagi. Rimas betul. Dah ler malas nak vakum hari2 tapi demi terlihat cik adik manis a.k.a ain suka golek-golek atas karpet, kugagahkan juga vakum setiap karpet yang terbentang di rumah ni. Tambah pula husband suka baring-baring, golek-golek, lepak-lepak atas karpet ni so kuasa veto ditangan dia.

Ikut hati memang SAYA TAMAU PASANG KARPET kat rumah sebab geli dengan hama-hama didalamnya yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit. Cucilah karpet tu macamana sekalipun susah nak kojol hama-hama ni unless rebus dalam air panas ( rebus yer anak-anak bukan curah air panas).

Pernah tanya kat orang yang service carpet2 nih, kata dia dia boleh hilangkan segala hama2 yang ada (katanyalah..) tapi bila tanya hilang hama tu 100% ke? dia sendiri cakap 100% mustahil nak hilang melainkan rebus karpet tu, dia bagi gerenti dia boleh kasik 98% hilang. boleh pulak..maknanya kalau ada 100 ekor hama dalam karpet tu, 2 ekor hidup lah yer..kalau yang 2 ekor tu buatnya sekor jantan sekor tino..membiak lagi ler hama tu. ( hama ada ker jantan betina ke? )

Pendek kata; lepas pasang tikar getah tamau letak karpet dah. Nak kasi tazkirah pendek dekat husband dulu :P



* gambar2 berikut ialah hama di sekeliling rumah kita, tilam, bantal, selimut, cadar, kusyen terutama karpet. ngerikan. cuba bayangkan sekor-sekor gigit korang tanpa korang sedar. siap buat rumah kat atas kulit kita, pastu dah ler rumah takder jamban, buang najis merata2 kat kulit. gulppp.....semua gambar2 makhluk hama yang rupa alien diatas kepunyaan forum : maribelajar (bagus forum ni, macam-macam boleh belajar kat sini untuk anak2.)





Monday, September 20, 2010

Apa cerita anak-anak ibu



Lama tak update perkembangan anak2 kat blog ni. Simple2 dah lah yer asalkan faham. Ain dah start belajar berdiri sendiri dah. Muka confident jer time nak lepas tangan, bedebuk jatuh pastu mengamuk. Ain tak banyak menangis...sebenarnya memang susah nak dengar dia menangis start dari lahir lagi. alhamdulillah, sama macam abang dia.

seronok sebenarnya jadi surirumah dengan dua anak ni. hehehe. masa iman dulu tak rasa penat sangat sebab very tak lasak anak bujang akak ni...cuma time si adik ni dah keluar adoi hai lasak macam baby boy. tapi dalam lasak2 dia kehulu hilir, panjat sana panjat sini, mesti ada benda lawak dia buat.

Sekarang Iman nampak sayang sangat dengan adik dia, kalau Ibu dia cakap hepp kat adik dia, ibu dia kena ceramah wooo. " ibu, tamau marah adik. adik nangis...siap!!" siap warning tuh. tu belajar dari ibu dia ler tu. memang selalu cakap kat iman macam tu, "iman, jaga adik yer. jangan kacau adik sampai nangis, kalau iman tolak adik, adik jatuh, adik nangis, siap." dengan iman memang kena strict sikit, kalau tak abis dia gomol adik dia.

Iman pulak masih belajar bercakap. Alhamdulillah, sekarang nampak dia berusaha nak berkomunikasi dengan orang lain. walaupun ayat-ayat dia masih kedengaran baby-ish lagi but still he's making a great improvement. Tapi, iman ni part komputer, kalah ibu ayah dia. Dia pandai buka game guna emulator . jangan ditanya emulator tu amende, akak pun kurang pasti spesis apa makhluk tu sila tanya incik google. yang pasti, walaupun tak pandai membaca huruf ke huruf, iman dapat kenal pasti ayat especially "games" automatik dia tahu game. sekarang tengah nak ajar dia flash card pulak. nak ajar jawi sekali biar dia kenal huruf-huruf al-quran. amin.

Sunday, September 19, 2010

Photoshoot Ala-Kadar

Seperti biasa, time raya ni ramai yang angkut satu family pergi studio gambar untuk bergambar raya. bila lagi nak berkumpul adik beradik semua pakai baju cantik-cantik ye tak? Bagi yang kurang mampu, ambik jer pakai kamera sendiri cam kami.

tapi....ada tapi jugak dah pakai kamera sendiri ni..kena banyak-banyak bersabar...dah susun atur satu family ambik masa 10 ke 15 minit almaklumlah, akak ni bukan pro pun. tengah ambik gambar ada je yang datang mengacau, sampai tergoyang2 softbox. tu belum masuk part photographer kena tunggu model2 habis bersiap untuk make up segala bagai. hahahahaha...siap boleh 2 kali makan nasi arab kat dapur dengan susukan ain lagi.

gambar yang diambil pun tak der kebaboom macam kat studio walaupun ambil guna lampu studio. lens pun pakai kitlens jer. prime lens dulu pernah ada tapi dah letgo masa terdesak dulu. ni tengah kumpul azam ni nak topup balik apa yang kurang :D.



kalau cantik projek bergambar raya ni, tahun depan kena charge ler pulak kan. hehehe (padahal baru jer merendah diri tadi cakap gambar tak seberapa ler, bukan pro ler >>>>statement ni kena ingat sampai mati)

paling seronok bergambar raya kali ni semestinya mak2 budak dan budak2 minus myself. memang tak gemar bergambar pun sebab tak cun. yang pasti mak budak yang over the pagar. sib baik akak gak yang ambik gambar. **trivia; tahukah anda kalau anda cakap " nak tangkap gambar" di singapura anda pasti digelakkan sambil terguling2 (acah ajer) oleh masyarakat disana, " ambil gambar" lebih afdal.

malam ni blogspot tak dapat nak upload dari pc direct. terpaksa ambik gambar sementara kat fb hubby.

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya....

Raya tahun ni merupakan raya tersedih (kononnya) pernah kitorang hadapi. :( Planning asal nak balik kampung suami tapi last minute cancelled sebab hal2 yang tak dapat dielakkan. lepas tu buat planning last minute dengan adik nak balik beraya rumah tok wan kat perak..pun last minute cancelled sebab takut tak sempat balik sebab suami dah masuk kerja hari diorang nak balik.
Finally beraya juga kat kampung tapi sekejap sangat tak sampai sejam pun duduk kampung kat nogori 9. Balik dari kampung den kek nogoghi 9, tido rumah mak sedara bersama kroni2 yang lain. besok pepagi mata celik, suami dah ajak balik. sedihnyaaaaaaaaaaaaa.....last2 kitorang anak beranak melayan bosan duduk rumah jer.
amacam, sedih tak? sedih tak? sedih woooooo. ni tak habis sedih lagi ni.

**Iman dengan dua pupu dia daniel kat depan rumah mak sedara. comel giler budak ni. macam anak orang hawai/maori.