Sponser saya...

Monday, September 20, 2010

Apa cerita anak-anak ibu



Lama tak update perkembangan anak2 kat blog ni. Simple2 dah lah yer asalkan faham. Ain dah start belajar berdiri sendiri dah. Muka confident jer time nak lepas tangan, bedebuk jatuh pastu mengamuk. Ain tak banyak menangis...sebenarnya memang susah nak dengar dia menangis start dari lahir lagi. alhamdulillah, sama macam abang dia.

seronok sebenarnya jadi surirumah dengan dua anak ni. hehehe. masa iman dulu tak rasa penat sangat sebab very tak lasak anak bujang akak ni...cuma time si adik ni dah keluar adoi hai lasak macam baby boy. tapi dalam lasak2 dia kehulu hilir, panjat sana panjat sini, mesti ada benda lawak dia buat.

Sekarang Iman nampak sayang sangat dengan adik dia, kalau Ibu dia cakap hepp kat adik dia, ibu dia kena ceramah wooo. " ibu, tamau marah adik. adik nangis...siap!!" siap warning tuh. tu belajar dari ibu dia ler tu. memang selalu cakap kat iman macam tu, "iman, jaga adik yer. jangan kacau adik sampai nangis, kalau iman tolak adik, adik jatuh, adik nangis, siap." dengan iman memang kena strict sikit, kalau tak abis dia gomol adik dia.

Iman pulak masih belajar bercakap. Alhamdulillah, sekarang nampak dia berusaha nak berkomunikasi dengan orang lain. walaupun ayat-ayat dia masih kedengaran baby-ish lagi but still he's making a great improvement. Tapi, iman ni part komputer, kalah ibu ayah dia. Dia pandai buka game guna emulator . jangan ditanya emulator tu amende, akak pun kurang pasti spesis apa makhluk tu sila tanya incik google. yang pasti, walaupun tak pandai membaca huruf ke huruf, iman dapat kenal pasti ayat especially "games" automatik dia tahu game. sekarang tengah nak ajar dia flash card pulak. nak ajar jawi sekali biar dia kenal huruf-huruf al-quran. amin.

No comments:

Post a Comment