Sponser saya...

Friday, August 12, 2011

ekonomi zaman sekarang...alahai

di zaman ekonomi yang serba tak kena ni. duit RM50 dalam tangan rasa macam 5 hinggit jer. Yang mana ada anak kecil tu lagilah terasa tambahan lagi kalau anak2 dah pandai meminta itu ini.

dulu masa anak pertama lahir saya yang tak berapa nak bijak ni beli bedak brand 'tooot' yang sah-sah tulis pure cornstarch kat label dia. ingatkan memang khas untuk baby, dah lama sikit (lama tak lama ..lepas anak kedua dah masuk umur setahun) baru ada kawan dari alam maya kata cornstarch is a cornstarch. maknanya saya boleh beli jer kat kedai kak kiah yang harga singgit lebih satu bungkus daripada beli bedak cornstarch cap 'toot' yang jejak 5 hinggit sebotol kecil. huhuhuhu.

saya seboleh-bolehnya cuba elakkan dari makan fastfood walaupun kadang2 memang teringin sangat. rugi worrr....dari beli fast food yg jejak 10 hinggit sorang makan, baik beli sepaket burger ramly kat supermarket masak kat rumah...makan ramai-ramai. tapi itupun saya 'cuba' elakkan sebab saya tak tahan bau minyak goreng kat rumah. hishh...apa pun tak boleh.

sekarang ni, saya dan suami amat berhati-hati bila berbelanja. sekarang bukan macam dulu, main sumbat jer semua dalam troli. sekarang nak beli apa pun siap compare dari satu brand ke brand yang lain. kadang-kadang beza harga sampai lebih seringgit tapi rasanya sama jer. duuhhhh. kadang-kadang suka usha troli yang ada barang 'capik' sikit kat tesco. ok jugaklah, ada rezeki kadang-kadang sabun basuh baju yang kotaknya terkemek sikit tu harga dia murah 25%.  haritu pergi tesco time dekat closing, suami saya pergi beratur kat kaunter roti sebab nak beli roti fresh manyaaaaak murahh woooor. satu bungkus seringgit, dalam tu ada 3 ke empat roti. sadly...kaum cina paling ramai tunggu. kalau nasib baik, kaunter ikan lelong kepala ikan berbagai jenis harga nya juga RM1 sekeping. gilosss mana nak dapat kepala ikan rm1 sekeping kat luar. makan kat kedai mamak pun diorang bantai as sampai 15 hinggit untuk kepala ikan masak kari.

duduk malaysia ni kena pandai cari peluang teruskan hidup seikhlas boleh sebab negara kita ni kaya dengan peluang. saya bersyukur sangat jadi orang malaysia dan bukan orang london, jepun, us, palestin apatah lagi somalia. sedihkan tengok anak-anak kecil kat somalia yang tinggal kulit jer. Insafnya....

Monday, August 8, 2011

rezeki datang lagi....

syukur alhamdulillah, akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengarang lagi di blog saya yang segan-segan nak hidup ni. Syukur juga dihari baik dan bulan baik ni saya diberi kesihatan yang lebih baik berbanding bulan-bulan dan hari-hari yang sebelumnya.

saya bakal melahirkan seorang lagi anak yang comel insyaallah hujung tahun ni. hehehehe. sekarang saya masih mengalami mabuk-mabuk yang dah tak berapa teruk dan pitam-pitam yang kadang-kadang datang singgah kalau terlalu kepenatan (padahan penat berehat jer :P)

alhamdulillah, suami saya sedang cuti semester selama dua bulan (pandai cari timing...). saya dengan senang hati diberikan rehat yang kaw-kaw oleh si suami...so, tak yah masak, sidai baju, mop lantai, lipat baju, hantar anak sekolah....huahuahua...heaven betul jadi isteri kesayangan suami (tamau jeles haaaaa). tu pun kadang-kadang saya banyak 'cekadak'. dah bagi betis nak paha...moga dimaafkan oleh cik abang saya.

kandungan saya kali ni pelik sikit. baru nak masuk 5 bulan tapi perut saya dah besar macam dah masuk 6/7 bulan. nak kata saya kuat makan tak juga sebab nasi sesenduk pun termengah-mengah nak habiskan. bulan lepas dah ter'skip' check up. manalah tahu kut-kut ter'kembar' pulak :P. tak kisahlah satu atau dua atau tiga..kami terima seadanya. yang penting anak-anak saya sangat ternanti-nantikan adik yang bakal lahir hujung tahun ni.

 anak dara saya ni terpaksa putus susu di usia 1 tahun 4 bulan selepas dinasihatkan doktor. masa mula-mula dapat morning sickness saya sentiasa pening dan pitam-pitam tambahan lagi selepas menyusukan ain. doktor kata tekanan darah saya terlalu rendah dan kalau diteruskan juga penyusuan dibimbangi saya tak cukup kuat. mula-mula lepas doktor nasihat macamtu saya degil juga cuba menyusu disamping ambil supplement lain. tapi di suatu malam lepas menyusukan ain, saya jatuh dengan ain sebab tiba-tiba kepala saya black out. syukurlah time tu jatuh terlentang...ain jatuh atas saya. macam yang dikata ...saya tak cukup kuat. darah kurang oksigen. sib baik tak dipaksa tahan wad. kalau ingat balik malam saya black out tu..ngeri. sebab rasanya saya ter'gelap' dalam seminit dua jugalah. sib baik suami ada rumah time tu..kalau tak......

ain dah masuk 1 tahun 6 bulan, sekarang dah mula bercakap ayat yang simple-simple. ayah kerja, abang sekolah, nenek tidur......alahai comelnya mulut dia bila nyanyi burung kakak tua. iman sangat sayang adik dia walaupun kadang-kadang kuat menyakat. sooojuuukkk perut saya :D.

so, soalan......kalau dah keluar baby sorang lagi perlukah tukar nama blog ni ya?