Sponser saya...

Monday, March 28, 2011

Aqiqah

saya dan suami serta sepupu saya berniat untuk mengerjakan aqiqah untuk anak masing2 awal tahun hadapan. mohon pada Allah agar rezeki kami murah hari-hari mendatang ni. Lembu sekarang bukannya murah, harga seekor dah masuk 2k. Saya ambil 3 bahagian, 1 untuk Ain dan 2 untuk Iman. Lagi 4 bahagian tu sepupu saya punya. Planning nanti lepas buat aqiqah,bahagian anak2 saya nak masak pastu nak hantar kat rumah2  fakir miskin (tapi...kat area keramat ni dah banyak orang kaya raya). hehehe. sekarang saya sedang menyervey (uhhhh...kat kamus pun belum ada ayat ni :P) rumah2 anak yatim kat area pendalaman pinggir KL. jauh2 karang takut lauk dah sejuk bila sampai. So, kalau ada sesiapa yang ada cadangan or lagi bagus kenal dengan mereka2 yang menguruskan rumah2 sepertinya harap inform saya yer. Saya dah cuba tanya thru email kat baitulmal tapi sampai la ni belum ada feedback.Terfikir juga nak hantar kat golongan gelandangan kat ibukota tapi tak cukup kaki tangan.

* Banyak betul orang yang organize program aqiqah kat kemboja ( or 1 organizer but banyak ejen saya pun tak pasti )..insyaallah, ada rezeki lain saya ambil bahagian.

Saturday, March 26, 2011

Duit jatuh ketika saya bersujud.

Al-kisah....pagi semalam saya terlajak tidur. sedar-sedar buka mata jam dah nak masuk pukul 8 am. Bergegas bangun nak pegi qada' subuh. Memandangkan si kecik Ain dah bangun, saya letak dia sebelah sejadah. Ketika saya sedang bersujud di rakaat terakhir kepala saya bagai dihempas sesuatu yang lembut. Ketika duduk tahiyat akhir, berderau darah saya tengok berlonggok wang kertas RM50 berselerak depan saya. Saya istigfar dalam hati (mau tak istighfar, tengah nak khusyuk solat datang dugaan dunia.). Selesai bagi salam saya pusing belakang saya dan tergelak sendiri. Rupanya si Ain memunggah sampul duit neneknya. Pastu diselerakkan kat atas sejadah saya. (Kesian duit pencen orang tua saya). Saya gelak lagi sebab dalam terkejar2 nak sembahyang, saya boleh terlupa pulak saya kat rumah orangtua saya. sah-sah bukan duit untuk saya. Kalau kat rumah sendiri mau buat kenduri. Gelak saya masih bersisa hingga ke pagi ni. :D

Tuesday, March 22, 2011

Hasil kerja tangan saya (pic)

fuhh..letih betul nak upload gambar. 1 gambar makan masa 10 minit. ni pun pakai sd card lama. kamera saya semenjak dua menjak bila kata nak beli lain merajuk tak hingat punya. banyak gambar latest tak leh nak upload kat pc. penat dah membebel kat dia, dia buat dono jer. ----xxxxx----

seronoknya bila tengok benang yang panjangnya bermeter2 tu akhirnya menjadi topi untuk anak2. sebab saya baru belajar crochet ni hasilnya takderlah nampak mcm kat kedai. senget benget. takpa2, pelahan2 kayuh. nanti lagi 2 ke 3 tahun leh bukak kodai. huhuhuhu.




sekarang tengah buat projek handbag lak. mau makan masa berminggu2. tunggguuuuuuuu

Friday, March 18, 2011

Aisayman labu....camana leh terlupa????


Lupa pulak nak tempek gambar Ain time birthday yang pertama dia. Celebrate ala kadar, anak beranak makan kek kat rumah jer. Eh, sebenarnya dia sorang jer yang kerjakan kek tu time fotografi. bila abang dia balik sekolah dapatlah merasa saki bakinya. :D. Nota kaki: alahai...bilalah rambut awal nak panjang kicikenot oii..




Thursday, March 17, 2011

Crochet

as promised, nak ceritalah sikit camana saya leh tergila2kan crochet (sebutan krusye) semenjak dua menjak ni. Al kisahhhhh....taibbbb.
saya asalnya tengah survey kat internet nak belikan Ain topi dengan sweater kait. kiut jer tengok anak orang lain pakai. tengah2 survey, yg iman pun nak mintak satu gak untuk dia. survey punya survey punya survey adalah terjumpa satu blog mengajar cara2 nak buat. hehehehe...fikir2 balik, satu topi dah RM35 kalau beli kat luar. Kalau nak beli 2 dah RM70. nak dijadikan cerita saya pun konon2 berazam nak buat topi sendiri. pergilah cari benang kait yang murah2 harga rm1.80 segulung, saya beli 2. dengan azam yang penuh di dada (cheeewaaah) akhirnya siap ler topi tu tapi kecik sikit. takpe2 saya akur dengan ketidakpandaian saya. saya cuba buat dan buat lagi. hasilnya...saya dah buat 1 kopiah untuk Iman. 2 topi untuk Ain dan 1 topi untuk anak buah saya. sekarang tengah proses buat topi hencem untuk abang iman.sekarang kat rumah saya ada beribu-ribu-ribu gulung benang pelbagai kaler(acah jer, baru ada 2 dozen). husband saya geleng kepala tengah wife dia tengah gila benang. dia kata, dia nak tengok berapa lama saya tahan dengan hobi baru ni. wahh...tercabar akak tau. takper. lepas topi iman siap, nak buat handbag gojes.
buat sementara ni, gambar saya tempek kemudian hari lah yer. kamera saya yang uzur ni tak nak bagi transfer gambar ke pc.

Monday, March 14, 2011

2 bulan menyepi...

Diam tak diam dah 2 bulan blog ni sunyi sepi, berhabuk, bersawang dan berdebu. Cerita-ceriti memang banyak tapi entahlah, semenjak dua menjak ni malas betul nak menghadap komputer. Masa saya banyak dihabiskan dengan melayan budak tecik yang kiut dan tomel serta budak besar yang encem. Saya dah tak punya masa nak ber-la-la-la-la lagi. Ain dah makin membesar dan makin banyak ragam. Pantang betul dia kalau saya duduk depan komputer. mesti nak kacau.busuk2 pun dia tekan butang reset kat pc. aiyoyo.
Iman pulak semenjak dah bersekolah ni, skil komunikasi semakin berganda. Ada jer nak cerita itu ini walau kadang2 grammar dia tunggang terbalik. lots of effort dia dah buat. Kata cikgu kat sekolah, dia antara murid tersopan pernah wujud kat sekolah tu. huahuahua.Alhamdulillah, terang hati Iman menerima pelajaran yang diajar cikgu. Satu jer skil baru dia yang memang saya konfirm angin satu badan; suka campak barang2 keluar tingkap. Wallet saya dengan hp saya selamat dah melayang kat bawah. Sib baik ada orang pulangkan ic ngan lesen dalam wallet. Hp saya langsung tak nampak serpihan sikit pun. Kunci rumah saya nasib baik husband saya yang jumpa kat  bawah. selepas di jentik, ketuk ketampi dan membuntangkan mata kat Iman saya harap dia tak buat lagi dah. Kalau dia buat juga?....entahlah, banyak2 bersabar jerlah.
Saya pula, semenjak berkali2 di sabotaj si kecik kalau nak menghadap pc saya sudah mempunyai hobi baru yang si kecik malas nak ambik port dah. CROCHET!!!! hehehehe. Sekarang yang si abang pulak selalu mengendeng dekat saya nak tengok. dia hairan macamana benang yang halus tu boleh jadi topi. next time lah cerita pasal hobi baru saya.