Sponser saya...

Tuesday, January 4, 2011

Iman di hari pertama tadika

 
Hari pertama Iman di tadika berjalan lancar dan tenang. Mujurlah dia memang dah seminggu dua ni tak sabar2 nak sekolah. Pada cikgu di tadika ini telah dimaklumkan tentang masalah Iman yang lambat bercakap tetapi semakin improve semenjak dua menjak ni. Saya takut sebenarnya kalau2 si bujang hensem saya ni tetiba mengamuk taknak masuk sekolah. Kalau dia menagis lagi haru. Alhamdulillah, syukur banyak2 sebab Iman memang confirm cool jer masuk tadika. Tersengih-sengih pandang saya. Hiba hati saya tuhan jerlah yang tahu. Pejam celik Iman dah melangkah ke pra sekolah. fuhhh cepat betul dia membesar. terasa macam baru semalam sambut 1st birthday dia. hehehehe.
Hari pertama lebih kepada sesi kenal2 dengan ibubapa, guru dan anak2. Baju iman pun belum dapat lagi sebab takder saiz. Insyaallah minggu ni dapat lah tu. Kata cikgu, esok mereka akan mulakan pelajaran yang pertama. Esok yang pasti, hantar jer iman ke tadika saya terus balik, dah tak boleh tunggu2 dah. Moga2 Iman dapat belajar dengan sempurna dan cemerlang agar dapat berbakti kepada agama bila besar nanti. Amin.

Monday, January 3, 2011

Amukan di Kolej Tafe

Kolej Tafe bergegar di hari pendaftaran bagi sesi Jan 2011. Terdengar suara orang memaki-maki, mengamuk-amuk. Yang menangis terduduk pun ada. Sedih dan hiba hati ibu bapa tatkala terpandang anak yang begitu bersemangat pagi tadi untuk melangkah ke alam kolej(ehem.... bukan alam bunian). Pabila tersedar diri ditipu oleh ejen2 bangsa sendiri hati jadi bertambah marah dan sakit.

Kronologi hari amukan (tak ikut turutan)

1. Bayaran pendaftaran sebanyak RM1500 ke RM2000 -(time ni saya dah syak sikit sebab standard RM200 ke RM500 bagi kolej swasta yang tak berapa nak fofular ni)

2. Dijanjikan loan bagi kesemua kursus diploma dan sijil. ( bukan semua kursus ada loan mara or ptptn sebenarnya, itupun kolej ni baru nak apply loan tu- krempet betul)

3. Sewaktu pembayaran pendaftaran ejen sebut all in. Datang nanti bawak kain baju jer. Tak sebut langsung pasal kena tambah duit bayar asrama.

4. Resit yang dikeluarkan menggunakan nombor telefon palsu. Nama company katanya KC Cemerlang (saya tak berapa nak sure, nanti saya refer balik pada mangsa yang terlibat), nombor telefon dalam resit bila call dapat ke Seri Pajam Development.

5. Ada student yang bayar RM1500 untuk sijil tapi dapat panggilan kata boleh masuk diploma cuma tambah RM500.( ni lagi angin, mula2 suruh masuk akaun individu !) Di hari pendaftaran, Kolej sendiri cakap tak layak masuk diploma cuma sijil jer boleh. (Apa cerita ni ????)

6. Dihari pendaftaran, ibu bapa yang dah bayar beribu-ribu darham tadi terkejut kerana ada parents kaum india cerita dia cuma bayar RM200 jer untuk daftar anak dia masuk kursus yang sama. Kut iyerpun nak makan komisyen, sampai RM1800 kau dia bedal untuk satu student. Dah bayar RM2k untuk apa? sampai sana kena tambah bayar lagi. Ejen-ejen melayu yang salai hidup2 kaum sendiri

7. Ada ibubapa yang sampai cagar kereta(cerita ni tak berapa nak pasti sebab datang dari mulut ke mulut) . Tapi dihari pendaftaran tu memang ramai datang dari family yang kurang mampu tapi sebab bila dijanjikan ada elaun, ada loan, ada tempat tinggal...untuk anak belajar apa sahaja orang sanggup buat.

8. Paling kasihan ada student dan parent yang datang naik kereta yang sewa 1/2 hari sebab nak hantar anak tapi terpaksa pulang sebab dapat tahu takder loan pun untuk kursus yang diambil. Nak bayar pakai apa dik oii?? bulu hidung?? (dengar cerita, bapak dia ni penoreh getah ker ambil upah getah, pun tak berapa sure sebab keadaan dah jadi makin kecoh. cerita ni pun dari mulut ke mulut tak dapat dipastikan kesahihannya)

9.Hari daftar ejen2 yang aritu muka manis macam gula masa kutip duit sorang pun tak tunjuk muka. Lepas dah ditaruk sama ada kakak yang nampak educated sikit tu, baru cakap nak datang. Yang bos diorang Mejar apakebendatah langsung tak tau cerita.

10.Boleh pulak ejen2 ni ugut cakap "kalau u all boleh buat report polis, kami pun boleh buat report polis" mak aih, gila bangsat punya melayu. Dengan bangga mengakui kebodohan sendiri cakap diorang dah banyak buat jadi ejen pengambilan pelajar ni  (korang fikir lah dah berapa juta duit orang melayu diorang ambik atas angin) Paling kasihan, yang ditarget orang kampung kebanyakkannya.

11. Lepas tu ada parent dah hentak meja sebab terlampau marah maka bermulalah darah2 muda ni nak kerjakan ejen 2 orang ni yang muka dah pucat lesi. mujur sempat ditarik oleh orang2 yang terdekat kalau tak lunyai ler ejen melayu tu.

12. Dalam 10 minit lepas tu baru kereta polis datang but too late ejen2 ni sudah ke balai polis ipd seremban.
Dari sini, kesemua ibubapa ke IPD seremban juga untuk buat aduan.



Gambar2 terpanas bakal ditempek tak lama lagi, tunggu forward dari sumber lain.
Saranan saya;
1. Buat report polis (rasanya semua dah buat), ada pihak suruh Seri Pajam dan Kolej Tafe juga buat aduan polis.
2. Lantik satu badan peguam, bagi yang tak mampu tak mengapa pergi kat badan guaman kan ada yang peguam kerajaan.
3. Minta pulang semua duit untuk settle luar mahkamah.
4.Diorang degil? no hal, naik mahkamah silalah charge, gantirugi yang sewaktu dengannya. Trauma, tekanan mental, bagi yang berhenti kerja sebab nak masuk kolej pun buat kira2 masing2, gantirugi trauma ni tuntut lah untuk pelajar, ibu bapa, serta kaum keluarga yang ikut dihari pendaftaran tersebut. Satu family RM100,000 ke? bergantung pada keluarga masing2. Kawan peguam saya cadang letak lah sejuta ker berapa ker setinggi yang boleh, sebab kebiasaannya undang2 ada kiraan masing2. Kalau letak yang tak setimpal menjadi satu kerugian bagi keluarga mangsa.
5.Buat solat hajat, solat tahajud tenangkan fikiran, ingat pada Allah. Orang2 yang teraniaya ni diuji kesabaran. Kalau rasa kesabaran anda setebal tembok cina, maafkan ler company ni. :D
Saman tetap saman......

Baru teringat, guna saluran tribunal pengguna ttpm untuk tuntutan pun boleh.

Iman dah 5 tahun

Semalam Iman meraikan ulangtahun kelahirannya di dalam hutan. huahuahu..kejam giler ibu dengan ayah dia kan? tapi....he had a blast meskipun cuma diraikan 3 orang tersayang...saya, husband dan Ain. Lama betul tak main pondok2. hehehe.

Sekejap jer dah masuk 5 tahun budak hensem ni. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan anak sebaik Iman, hensem lak tu (ni ibu dia yang masuk bakul nih, iman tak der kena mengena dalam keperasan-an ni)

Sebulan dari sekarang Ain pulak nak masuk 1 tahun. Kalau Iman dah celebrate kat hutan, Ain punya kasi dalam laut kut. huhuhu